bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Thursday, April 28, 2011

kisah hari khamis

semalam aku cuti. habis aku redah semua bank termasuk bangunan pnb untuk menguruskan pelbagai macam hal.

dan hari itu barulah aku tahu yang aku ini sebenarnya sudah diisytiharkan black list. fuyohhh... tak sangka kan?

aku yang tak ada kad kredit dan tak ada personal loan rupa-rupanya black list kerana menjadi penjamin kak linda dan baby. huh..... dunia dunia.. siapa tahu apa akan berlaku keesokkan hari nya.

Wednesday, April 27, 2011

Yang masih bersedih itu adalah aku...

Sehingga hari ini air mataku masih mengalir...umpama molekul darah yang bertali arus dalam kapilari menuju ke nadi dan tersebar ke seluruh tubuh. Namun tidak setitis pun ku biar ia tertumpah, semuanya ku telan dalam hati. Dan setiap sendu yang mengiringi air mata aku kurung dalam jiwa. Lalu melimpahlah air mata dan sendu memenuhi rongga hati dan jiwa. Biar aku pendam semua lara dan duka ini. Tidak perlu aku hebah kepada seisi dunia.

Andai aku luah kesedihan ini...aku akan menjadi seorang yang kering lagi kontang. Dan kekontangan itu tidak aku ingini kerana aku masih ingin menyisa cinta dan kasih buat seseorang. Biar seisi dunia menghukum dirinya tetapi aku tidak mampu berbuat begitu. Aku tidak mampu menjadi seorang yang kering hati lalu membiarkan diri seseorang yang lain itu tidak diingati lagi.

Biarkan aku terus membanjiri rongga hati dan jiwa dengan air mata. Kerana itu sahajalah yang terdaya aku lakukan di saat aku tidak mampu berbuat apa-apa. Biarkan aku terus lemas dalam kesedihan ini kerana kelemasan itu membuatkan aku akan terus tergapai-gapai mencari tebing. Dan cara itu tidak memungkin aku untuk melupakan seseorang itu.

Nyata... cinta itu memerlukan pengorbanan dan ketika pengorbanan tidak diperlukan lagi, akulah insan yang terkorban. Tiadalah erti kasih, sayang dan cinta tanpa pengorbanan tetapi aku masih perlukan semua itu lalu biarlah aku menjadi korban.

Yang masih bersedih lagi itu adalah aku. Dan biarlah aku terkapai-kapai dalam kesedihan yang umpama lautan tidak bertepi ini.

Saturday, April 23, 2011

luka yang melukai

peristiwa kepergian diba yang banyak melukakan hati mengajar aku sesuatu ilmu yang sangat berharga. Jangan terlalu menyanjung anak. Benar... aku tidak mahu dilukai seperti yang berlaku kepada bonda tersayang. Aku rela dilukai oleh seorang yang bernama ibu daripada aku melukai hatinya. Melukai hati seorang ibu seumpama membongkar isi neraka. Melukai hati seorang ibu seumpama meludahi Tuhan. Melukai hati seorang ibu seumpama menebarkan radiasi Fukushima sehingga ke Tanah Jawa. Melukai hati seorang ibu seumpama menghumbankan diri ke dalam gaung yang penuh buluh tajam. Melukai hati seorang ibu seumpama membunuh seorang bayi suci yang baru lahir.

Begitulah dahsyatnya melukai hati seorang ibu. Tegakah kau melukai seorang yang terluka selepas melahirkan kamu? Tegakah kau melukai seorang yang meletakkan nyawanya sebagai ganti andai apa-apa yang berlaku kepadamu?

warkah buat seorang adik

tanggal lima haribulan april tahun sembilan belas lapan puluh lima, hadir seorang insan ke dunia ini yang menambahkan lagi bilangan adik kepada adik-adik yang sedia ada. Dan keseronokan dianugerahkan seorang lagi adik perempuan itu, membuatkan aku tidak tenang sepanjang masaku di sekolah, perasaan aku bercampur baur. gembira, teruja dan tidak sabar-sabar hendak balik. waktu itu aku berada di tingkatan dua. bersekolah sesi petang. cikgu adibah yang mengajar sivik asyik merenungku sambil tersenyum. masakan tidak, aku sekejap sekejap tersenyum. sekejap sekejap tersengih. lalu cikgu adibah bertanya, "onlia.. apa yang kamu fikirkan sampai kamu asyik tersengih dan terseyum aje?" aku dengan bangganya menjawab. "hari ni saya dapat seorang lagi adik!" cikgu adibah membalas jawapanku dengan senyuman paling manis yang aku ingat sehingga hari ini. dan sepulangnya aku dari sekolah... aku terus mendapatkan ibu. aku katakan kepada ibu, namakanlah adik ini dengan nama adibah sempena nama cikgu sekolah aku yang sangat baik hati. mendengarkan nama itu, ibu tersenyum lalu berkata memang sedap nama tu kak long. nanti ibu bagitahu ayah ya.

dan nama indah itu yang bermakna cerdik menjadi nama rasmimu adik ku. cuma ibu menambah perkataan nur di hadapan supaya ertinya lebih indah - cahaya kecerdikan. kerna kehadiranmu dalam keluarga besar ini seumpama cahaya yang menerangi dan menemani ibu. dan kau jugalah yang diharapkan menjadi peneman ibu kala usianya merangkak senja.


dan apabila kakak tua kamu ini menjadi orang paling terakhir mendapat tahu perihal pemergianmu dari kehidupan kami.. alangkah hancur dan berderainya hati ini.

duhai adik belahan hati... sanggup kau tinggalkan seorang ibu yang sudah terlalu tua untuk menanggung kesedihan akibat tindakan kamu itu.  sanggup kau tinggalkan kasih anak-anak saudara yang terlalu rindu dan ingat akan ibu saudara mereka. dan paling menyedihkan sanggup kau buang kami - darah daging mu demi kasih seorang lelaki yang kini kau nobatkan sebagai suami.

benarlah kata orang-orang lama, buang emak buang saudara kerana kasih aku turutkan...

maka.. apa lagi yang tinggal buat kami duhai adik ku.... semua nolstagia.. semua kata-kata indahmu... semua kenangan... semua kelukaan, semua kesedihan dan paling mengharukan ialah kau tinggalkan seorang lelaki tua bernama ayah yang separuh badannya sudah tidak berdaya... dan seorang perempuan tua yang bernama ibu yang kini kecelaruan hati dan minda?

Tuesday, April 12, 2011

suami....

abang, saya memang sangat sangat sangat marah kerana sikap abang yang suka membuang itu ini tanpa memberitahu saya. bagi abang itu sampah tetapi bagi saya itu harta. bagi abang itu menyampah tetapi bagi saya itu saya suka. saya tahu dan faham bahawa sampai bila-bila pun kita akan menjadi dua insan yang berbeza kerana perbezaan itu sememangnya sudah disuratkan dan dijadikan tuhan. tetapi sedikit pengertian sudah memadai agar tiada hati atau perasaan terluka. terutama hati dan perasaan saya. atau? adakah hati dan perasaan saya ini tidak lagi bermakna?

satu persatu

tidak lama lagi umurku akan menjangkau 40 tahun. namun apa yang sudah aku capai dalam hidup ini? aku perlu menyingkap dan menilai satu persatu berkenaan diriku. aku perlu menjangka bahawa ajal dan kematian itu akan datang bila-bila masa... dan apabila tiba masa itu adakah aku sudah bersedia.. dan bilakah waktunya untuk aku bersiap sedia... atau adakah aku akan bersedia?

Pemergian Cik Sham pada malam jumaat dan dikebumikan pada pagi jumaat tanggal 8 april adalah satu kesedihan yang masih bermain-main di tangkai hati aku. Dia yang sepatutnya menjadi ibu mertuaku. sangat ironi kan? sebab dia sendiri tidak pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan aku sebagai menantunya.. tup tup datang bersama gerombolan meminang pada waktu aku sedang memperkenalkan idrus, buah hati ku kepada deddy. itulah kenangan paling tidak dapat aku lupakan. momen yang sangat mengelirukan. 


semalam aku mendapat perkhabaran yang sangat menduga akal dan mencabar keimanan. benarkah seseorang itu sanggup mengeluarkan kata-kata hina lagi keji kepada adik iparnya sendiri.. sedangkan adik iparnya itu adalah seorang lelaki yang budiman, soleh, sabar dan sangat taat? mengapakah seorang anak yang selama ini cukup sopan, cukup baik, cukup mulia pekerti, cukup kaya, sanggup menghina seorang ibu semata-mata kerana si ibu itu tidak cukup duit?  di manakah nilai persaudaraan sesama adik beradik waima sama-sama berbangsa islam? mengapakah begitu biadapnya mereka dalam silaturahim sedangkan lingkungan hidup mereka penuh dengan usrah dan tazkirah?

tidak lama mendengar perkhabaran duka itu, aku menghubungi bonda tercinta. secara berlapik aku memberitahu ibu bahawa aku menyedari akan kelukaan hatinya. aku membawakan cerita-cerita gembira agar ibuku di talian hujung sana ketawa. alhamdulillah.. suara ibu ceria. sedang aku bergurau dengan ibu, tiba-tiba deddy meminta untuk bercakap dengan aku. "long.. kenapa tak balik? deddy rindukan long.. deddy rindu kat cucu deddy.. long balikla tengok deddy" aku tergumam...terdiam..terkesima... cepat-cepat aku membalas dengan gurauan senda... " long jeles tengok deddy.. boleh tengok tv puas-puas, boleh baring sepanjang hari.. long tak dapat nak buat cam tu... nak tengok tv kejap pun tak dapat ..." ayah tercintaku tertawa sedikit. tersentuh hati aku... ingin rasanya aku terbang.. memujuk hati tua ayah dan ibu. tapi apakan daya? pekerjaan yang sekarang menjadi kebencian aku mengikat dan membelenggu tubuhku.






dan pagi ini aku menjalani kehidupanku dengan sejuta perasaan sedih. satu persatu tindakan ku berlandaskan rasa sedih. sedih kerana idrus tidak mahu berkomunikasi dengan ku lalu membuang segala penat jerih aku ke dalam longkang. ya.. dia memujuk aku untuk menggantikan baru tetapi mana sama dengan sesuatu yang penat lelah aku usahakan?

berdoalah diri supaya aku punya masa untuk menilai dan menimbal satu persatu peristiwa yang berlaku.