bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Sunday, August 14, 2011

Kisah Penang Part 3

Assalamualaikum,

Lama dah tak menulis kat sini... kesian kat diari keduaku ini....

Ok berbalik kepada cerita kat Penang. Rasanya dah tak ingat sangat laa sebab agak lama juga tak jenguk blog ni. So kita nak share apa yang mampu je la.

Malam tu tidur tak berapa lena.. so senang le bangun pagi. Kita le orang pertama dalam grup yang menapak ke restoran (ntah apa nama laa plak) dalam hotel tu. Selesa gak laa makan kat situ, janji isi perut. Then kumpul kat lobi tunggu member lain turun. Tunggu punya tunggu.. agak lama la. Kita perasan ada van USM kat luar tapi sebab Mr Saifudin kata nak jemput kami di dalam so kami tidak la keluar atau ke mana-mana. Mujurla saya keluar gak.. sebab intuisi kata itu van yang patut jemput kami. Memang sah van untuk kami. Pakcik Anuar (kalau tak silap la) sudah pucat lesi tunggu kami. Katanya dah lewat ni. Kami ni manalah tahu yang kami kena duk kat luar menunggu. Habis satu bab, akhirnya sampai le ke USM. Memang best laa Fakulti Komunikasi Massa.. kalaula kita tahu, kita apply dulu kat USM.

Selepas letak bag kat kerusi dalam dewan kecik (nak kata dewan kuliah tak le sangat, kocik je tompek nyor) kita terus kata sorang kakak kat situ (one of kerani fakulti) "minta air segelas boleh, haus beno rasanya" hehehe dengan muka tak tau malu laa. Kakak tu pun bagi le segelas air yang dia ambil dari dalam setor. Kita tibai je le, abis udah haus bebenor.

Bengkel pagi tu dimulakan dengan ucapan dari Datuk Chamil Wariya, lepas tu Dekan Fakulit Dr Azimudin then pengerusi bengkel Dr Nik. Lepas tu barula dijemput Mr Steven dari Kettha (kami duk satu hotel dengan dia rupanya), untuk beri syarahan.

Selesai syarahan, kami semua minum kejap. Then kami masuk ke bilik sebelah dewan (more like kelas laa) untuk pembahagian kumpulan. Dari situ kami kena buat kajian mengenai masalah yang dihadapi oleh wartawan dan saintis dalam usaha untuk membuat laporan/berita mengenai sains dan alam sekitar. Semua aktiviti ada had masa masing-masing. So lepas je kerja kumpulan, kami makan tengahari. Time tu kita cuba gak cari surau untuk solat zuhur. Tapi gagal. Ntah nak kena belok ke sana sini, akhirnya sesat. So tunggula sampai masuk bengkel kedua. Masa tu dapat balik duk ngan geng wartawan. Time ni la kita tanya geng lain mana depa pi surau. Then kak Shidah kata nanti dia ajak. So dalam hati kita niat la untuk qasar aje. Habis je gerak kerja kumpulan, kita pi toilet jap. Masa tu Kak Shidah ngan Ana (MMP) dah pi dulu surau. Aduh.. again sesat lagi. Kita dengan muka mencuka duk mengadu kat Saifudin. "Susah beno nak cari surau kat sini ya" Mendengarkan aduan kita tu, saifudin (dia ni bakal jadi pensyarah, tengah duk ambik Phd, fuh muda lagi bakal dapat title Dr) terus ajak kita ikut dia. Rupa-rupanya dia tunjuk jalan ringkas ke surau. Oho.. doket yo..hahaha bukan fakulti kita la katakan. Sampai aje kat surau,  kita nampak kak Shidah dan Ana tengah duk wuduk. Baru sampai rupanya mereka ke situ. Depa siap minta kita tunjukkan jalan short cut yang kita guna masa nak pi surau huhuhuhu.

Ok settle bab tu semua termasuk pembentangan dalam bengkel - which of course kita le yang kena bentangkan hahahahahah... nanti kita upload gambar from saifudin. hodoh beno rupe mike hahaha. Kita pun buat laa plan petang tu nak pi mano nak buek apo. Kak Shidah yang dari semalam bercerita nak makan durian Balik Pulau akhirnya didengor oleh Dr Nik. So Saifudin, Dr Nik, Dr Kim dan Dr Aziz (Dr Kim dan Dr Aziz peserta bengkel wakil USM) pakat-pakat nak bawa kami makan durian. Kami pergi nak van USM. Yang ikut, Dr Kim, Dr Aziz, Saifudin, kita, kak Shidah, Ana dan dua Dr dari USM Kelantan. Fuh rasa macam jadi orang pandai le plak bekawan semua dengan Dr Dr belaka hahaha. Rupa-rupanya Dr Aziz ada dusun sendiri kat area Relau. So kami singgah di dusun dia. Mula-mula kami dijamu dengan rambutan (Dr Aziz ada pekerja Indon yang tolong jagakan dusun dia, budak Indon yang baik hati ni tak henti-henti kopek durian untuk kami). Lepas tu barulah kami menikmati kelazatan seulas demi ulas durian fuuuhhhh sodappp. Yang kelakarnya setiap durian tu ada nama dan rasanya berbeza-beza. Ada durian kampung - rasa biasa je, durian LancauTan (nama memang mencarut sebab pemilik asal dusun ni Cina, dia suka kutuk satu mamat (bangsa cina la) yang suka makan satu jenis durian ni. So dia namakan spesies durian tu dengan kutukan kepada mamat tu) rasanya boleh laa, durian TuhanKasiPunya - rasanya masyaAllah sodappp, durian tembaga - yang ni tak yah cerita, memang kaw dan last sekali durian 12D - penutup yang menjadi igauan semua penggemar durian. Tak boleh nak cerita kesodapannya... fuhh sampai sekarang teringat-ingat. Balik tu Dr Aziz ikut sebab orang rumah dia ada (his wife and his son - baru balik sekolah gamaknya). Kami duk bincang-bincang berapa nak bayar kat Dr Aziz. Dia kata kalau nak bagi, bagi kat pekerja Indon yang penat lelah kopek satu demi satu durian untuk kami. Hihihi as usual mana le wartawan ada duit so tengah kami duk pakat sorang berapa hinggit tiba-tiba Dr Kim keluarkan not RM50. "Hah, campurlah dengan duit awak semua dengan duit saya ni." Dr Aziz pula tiba-tiba menyampuk "Ishh tak payah banyak-banyak, RM50 dah cukup" Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun tidak le menokok duit yang ada, terus guna duit Dr Kim dan serahkan pada Dr Aziz untuk diberi kepada pekerja Indon tu. Kita pun terus ucap berbanyak terima kasih kepada Dr Kim kerana belanja kita semua makan durian. Hahahaha pandai tak kita? hihihi
Sebelum balik, Dr Aziz sempat masukkan seguni rambutan dalam van. Katanya untuk dibawa ke jamuan BBQ. Uikksss? Ada BBQ ke? Huaaaa ini sudah bagus,  macam duk kat resort laa plak, siap ada jamuan BBQ.

Van sampai depan hotel dan ingatkan kami untuk turun semula dalam jam 8.  Masa duk tengah lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba Laupa Junus sms (laupa ni editor bahagian rencana Utusan, dah berapa kali menang anugerah Kajai) "...tak mabuk ke makan durian" Kita balas " ishhh mana ada.. gian nak lagi ada laa" Laupa balas "ishh anak sapa laa ni" Laupa tak join kami sebab badan dia tak sihat sangat. Hmmm dari semalam tak join kami jalan-jalan so to me the reason of being not so fit is just an excuse. Dia suka berehat dan melepak-lepak aje sebenarnya hehehe, bukan macam kami yang tak tau duk diam. Tepat jam 7 lebih lepas solat magrib, kita pun terus turun dan tunggu geng kat bawah. Kalau duk melepak takut tertidor melepas lak nak rasa BBQ USM. Sekali lagi van bawa kami ke Fakulti Komunikasi. Rupa-rupanya kat tepi bangunan fakulti (dekat tempat parking) ada kawasan berumput. Area situlah budak-budak Masscom USM ni suka buat BBQ. Malam tu meriah, ramai pensyarah datang termasuk Dr Azman Azuan (she's born in London so the father name came first) datang. Seronok gak dengar celoteh Dr Azman. Dia panggil student dia untuk buat mesyuarat dengan gelaran wahai bakal-bakal jenazah. Hmm tersenyum kita dibuatnya. Habis je makan-makan, Kak Shidah minta kebenaran from caterer nak pinjam pinggan. Rupa-rupanya si reporter RTM tak sihat, kena menstrual pain. So kak shidah yang baik hati ni nak bawakan makanan untuknya.

So tamatla aktiviti hari kedua di Penang. Malam tu balik ke hotel dengan badan bau ayam bakar hahaha. Malam tu adalah malam terakhir kita tido Penang, so kita pun duk laa kemas-kemas barang.