bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Saturday, December 29, 2012

Alang-alang menyeluk pekasam

Apa agaknya maksud sebenar alang-alang menyeluk pekasam? Sebab aku bukan penggemar pekasam maka aku tidak berusaha mencari maksudnya. Pemalasnya manusia ini.

Alang-alang membuka blog, biarlah aku menulis sepuas-puasnya. Banyak perkara yang ingin aku kongsikan sebagai peringatan kepada diriku yang selalu alpa.

Kutu - Aku tidak pernah mengambil berat perihal anak yang mengadu kepala mereka gatal-gatal. Paling tidak apabila melihat mereka terlalu kerap menggaru kepala, aku suruh mereka syampu rambut. Sehinggalah suatu hari, Aina menggunakan sikat bergigi rapat. Setiap kali dia menyikat rambut, akan terselit beberapa kutu di celah-celahnya. Aku tidak tercakap apa-apa. Terkejut! Rupa-rupanya sudah beberapa minggu, kepala-kepala kami diserang kutu! Aina ni sikapnya pengasih dan penggeli. Dia tidak memicit kutu sebaliknya merendamkan kutu dalam air supaya ia lemas. Hahaha. Antara kasihan dan geli, Aina rela membiarkan kutu itu berenang-renang di dalam air. Kemudian aku menyuruh Danish membasuh rambut menggunakan syampu. Selepas beberapa minit bersyampu, Danish memanggil ku ke bilik air lalu ditunjukkan beberapa kutu besar terapung-apung dalam buih syampu. Eee.. gelinya! Aku segera memicit satu persatu kutu yang terkepung dalam buih syampu. Aku tanyakan Danish.. itu sahaja kah? Danish menjawab, tadi lagi banyak, tapi Danish campak buih syampu ke dinding dan simbah dengan air. Tidak sanggup tidur walau semalam pun dengan puluhan (agaknya) kutu di atas kepala. Aku meminta suami membawa aku dan anak-anak menggunting rambut. Hasilnya, kami semua berambut pendek. Senanglah sedikit urusan mencari saki baki kutu. Alhamdullillah.. buat masa ini hanya terjumpa satu atau dua ekor sahaja. Selebihnya adalah hampas telur yang melekat di hujung rambut.

Kesimpulannya - Ambil berat sikit hal anak-anak. Jangan terlalu hendak mereka mandiri. Mereka belum matang dalam banyak hal. Jika mereka mengadu gatal kepala itu bukan bermakna ada kelemumur atau sebab rambut tidak dibasuh dengan betul semata-mata. Sebaliknya mungkin berpunca dari kutu atau mungkin banyak rambut rosak! Anak-anak biarpun sudah besar panjang, memang seronok jika ibu mengambil berat hal mereka.



Sekolah Bermula! - Anak-anak ku adalah batch kedua PBS - Pernilaian Bersepadu Sekolah. No more PMR. PBS ni lebih teruk dari PMR. Kedatangan apa pun kegiatan di sekolah adalah markah. Setiap pembabitan adalah markah. Pada bila-bila masa boleh diadakan ujian dan cikgu adalah penilainya. Kasihan anak-anak, semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.. aminnn.

Kesimpulannya - Allah sahaja yang tahu hikmah di sebalik setiap tindakan kementerian pelajaran kepada warganegara Malaysia.

Teknologi Buatan Manusia Memang Menyusahkan!

Hanya teknologi Allah sahaja yang tidak menyusahkan. Misalannya blog ni. Saya tidak boleh update selalu sebab bertelagah dengan gmail saya. Sedangkan saya gunakan alamat emel yahoo. Amat mendukacitakan sekali kerana pekerjaan saya setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan menggunakan gmail.

Teknologi Allah menciptakan mata dengan dua kelopak yang berpagar bulu langsung tidak menyusahkan. Tidak pernah sekali pun kelopak itu tidak berkedip. Tidak perlu ditambah minyak pun untuk melicinkan pergerakan menutup dan membuka mata berjuta-juta kali. Malah kelopak berkedip tanpa kita sedar pun!

Rindunya saya hendak berblog.. Allah sahaja yang tahu. Saya perlu membahagikan masa selepas ini agar boleh selalu update diari atas talian saya ini. Saya mungkin tidak mampu menghasilkan sebuah novel tetapi saya berharap, berhajat, bermimpi dan berdoa semoga blog ini dibaca ramai kerana perkongsian pengalaman yang membawa manfaat. bukankan salah satu amalan yang boleh dibawa ke kubur adalah ilmu yang bermanfaat?

Thursday, May 3, 2012

apabila hati terluka

pagi-pagi lagi mereka sudah bergaduh. aku tak tahu nak luahkan perasaan aku. hanya satu yang ingin aku lakukan. berdoa tidak putus semoga Allah memperbaiki akhlak mereka. - 5/3/12



Alhamdulillah, hari ini tiga beradik tu sudah ku hantar ke masjid untuk kem motivasi. Rezeki di hujung bulan berupaya hantar anak ikuti kursus alhamdulillah, nikmat Allah yang Maha Besar.

Ya Allah.. semoga hati, lisan, fikiran dan fizikal ku tidak putus berdoa semoga Allah memperbaiki akhlak anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Berbaik-baik sesama adik beradik dan orang lain. Solat setiap waktu tanpa perlu dipaksa dan ringan tulang melakukan ibadat. Cita-citaku hanyalah ingin melihat keempat-empat cahaya mataku sebagai ahli syurga.

Apalah diharapkan dunia? Tiada sebuah kereta pun boleh dibawa ke kubur. Tiada sebuah rumah pun boleh dihantar ke kubur. Tiada satu sen pun boleh dibelanjakan di kubur. Hanya amal dan iman sahaja yang menjadi bekalan ke sana. Dan sudahkah anak-anakku itu cukup bekalannya?




Wednesday, February 8, 2012

Kasih Suami

Satu perkara mengenai suami saya Encik Idrus, yang sejak kenal sampai beranak pihak tak berubah-ubah ialah dia tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia kepada isteri atau anak-anak. Itu memang nyata sangat. Kami faham sebab famili dia pun begitu juga.. my parent inlaw tak seloving my mum and dad. So memang faham sangat kalau my hubby tak tahu nak tunjuk cara macam mana.


Saya ni jenis pelupa... Macam-macam benda saya lupa. Today saya lupa lagi nak bawak purse.. macam biasalah ni. Tapi one thing about hubby saya, dia ni pengingat. Dia ingat banyak perkara. Susah la kalau nak jumpa dia terlupa sesuatu. Dia ingat macam-macam. Hari ni dia ingatkan saya supaya makan ubat. Adatlah dah nak masuk senja..macam-macam ubat kena makan. Ubat kolestrol, ubat kencing manis.. ubat itu ubat ini hahaha. Siapa lagi yang ingatkan saya kalau bukan cik abang. Dia beria-ia masukkan semua ubat dalam beg kerja saya.

Bila saya fikir-fikirkan balik... mungkin inilah cara dia tunjukkan kasih sayang. Dia tak pandai nak cakap aiseyteru atau sarangngi - i love u dalam bahasa jepun dan korea. Tapi dia care about others. Which is more important than just 3 words. Terima kasih abang...wo ai ni (i love u dalam bahasa cina).

Monday, January 23, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum buat diriku dan juga yang membaca. Pagi tadi hampir-hampir aku bertengkar dengan suami tercinta. Alhamdulillah dia tidak memanjang-manjangkan masalah remeh yang aku gaduhkan. Aku kecil hati apabila menerima teguran daripada dia yang menganggap tindakan aku tidak wish rakan bangsa cina sempena CNY sebagai tindakan yang tidak wajar dan maka kerana itulah aku tidak berkembang. bagi ku perayaan itu tidak kuraikan maka aku tidak mahu meraikannya. aku punya alasan tersendiri. bagiku agamaku adalah urusan ku dan agamamu adalah urusan mu. aku tidak mahu meraikan sesuatu yang bukan milik ku. Tapi bagaimana hendak aku jelaskan tatkala aku sedang asyik menjamah hidangan. lapar.. memang lapar sebab sarapan jam 10.30am. wajarkah dia berkata kepada anak-anak : "kamu semua jangan ikut kamu, sebab tulah dia tak berkembang."

terasa pahit anak tekak, aku terus menolak kuewtiau sup lalu melantak makanan damia yang sepatutnya tidak aku sentuh.

mujurlah perbalahan itu tidak berpanjangan. aku sempat masak lauk ringkas - ikan goreng berkicap, dia pun makan tengah hari. biasanya dia merajuk lalu ke tempat kerja dengan perut kosong tetapi kali ini tidak. alhamdulillah. suami ku pun menolong juga sikit sana sini mengemas rumah.. alhamdulillah.

terima kasih ya Allah.. semoga tiada lagi pergeseran di antara kami.. aminnnn

Friday, January 13, 2012

risau

assalamualaikum teman tersayang yang sudah lama tidak ku jenguk. aku minta maaf kerana terpaksa mengadu kepada mu. Aku punya Allah dan aku adalah hambanya tapi aku tak mampu menyimpan seorang diri perasaan ini. aku sayangkan suami ku dan dia sekarang sedang keseorangan di hospital. aku tidak dapat menjenguknya kerana deadline. ya Allah lapangkan rezeki kami supaya aku dapat tidak bekerja dan boleh menguruskan keluargaku tanpa dibelenggu kerisauan yang amat dahsyat ini