bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Monday, January 23, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum buat diriku dan juga yang membaca. Pagi tadi hampir-hampir aku bertengkar dengan suami tercinta. Alhamdulillah dia tidak memanjang-manjangkan masalah remeh yang aku gaduhkan. Aku kecil hati apabila menerima teguran daripada dia yang menganggap tindakan aku tidak wish rakan bangsa cina sempena CNY sebagai tindakan yang tidak wajar dan maka kerana itulah aku tidak berkembang. bagi ku perayaan itu tidak kuraikan maka aku tidak mahu meraikannya. aku punya alasan tersendiri. bagiku agamaku adalah urusan ku dan agamamu adalah urusan mu. aku tidak mahu meraikan sesuatu yang bukan milik ku. Tapi bagaimana hendak aku jelaskan tatkala aku sedang asyik menjamah hidangan. lapar.. memang lapar sebab sarapan jam 10.30am. wajarkah dia berkata kepada anak-anak : "kamu semua jangan ikut kamu, sebab tulah dia tak berkembang."

terasa pahit anak tekak, aku terus menolak kuewtiau sup lalu melantak makanan damia yang sepatutnya tidak aku sentuh.

mujurlah perbalahan itu tidak berpanjangan. aku sempat masak lauk ringkas - ikan goreng berkicap, dia pun makan tengah hari. biasanya dia merajuk lalu ke tempat kerja dengan perut kosong tetapi kali ini tidak. alhamdulillah. suami ku pun menolong juga sikit sana sini mengemas rumah.. alhamdulillah.

terima kasih ya Allah.. semoga tiada lagi pergeseran di antara kami.. aminnnn

Friday, January 13, 2012

risau

assalamualaikum teman tersayang yang sudah lama tidak ku jenguk. aku minta maaf kerana terpaksa mengadu kepada mu. Aku punya Allah dan aku adalah hambanya tapi aku tak mampu menyimpan seorang diri perasaan ini. aku sayangkan suami ku dan dia sekarang sedang keseorangan di hospital. aku tidak dapat menjenguknya kerana deadline. ya Allah lapangkan rezeki kami supaya aku dapat tidak bekerja dan boleh menguruskan keluargaku tanpa dibelenggu kerisauan yang amat dahsyat ini