Hmm... ntah kali ke berapa agaknya dalam sebulan dia nak merajuk. Mula-mula boleh lah dipujuk tetapi kalau dah setiap minggu merajuk.. apakah maknanya itu?
Penat hati seorang isteri langsung tidak diambil peduli. Sudah diberi layanan umpama raja tetapi masih mudah tersentuh hati sang petapa..
Mengapa masih mahu diagungkan sikap ego yang melampau itu? Mengapa masih mahu disanjung sikap pentingkan diri? Mengapa masih didewakan sikap malas yang teramat-amat tiada batasan itu?
Ringan sama dijinjing.. berat sama dipikul.. tapi bukan itu yang berlaku dalam keluarga kita ni abang.
Kami - isteri dan anak-anakmu yang berpatah pinggang memikul beban. Sedang kamu... bersenang-lenang dari atas kayangan melihat kepayahan kami.
Dan apabila si isteri berkesot-kesot memohon ehsan.. kamu sang suami terus tarik rajuk sejuta tahun..
Salahkah si isteri duhai sang suami, memohon belas dan kasihan agar sama-sama memikul berat dan sama-sama menjinjing ringan?
Aduhai blog.. hati ini sudah rawan.. lalu padamu ku luahkan.. semoga tidak terhenti lagi hati ini meratap supaya boleh bersenandung lagu hiba untuk sang suami yang dihadap.