tag:blogger.com,1999:blog-65156637997512115352024-02-19T22:15:02.348+08:00BEBELAN SEORANG MUMMYIm a mummy to 4 kids. Im still holding an ambition to write a master piece!Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.comBlogger68125tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-13935295359927239162013-11-07T19:22:00.002+08:002013-11-07T19:22:36.210+08:00seseorang yang diketepikanAssalamualaikum blog yang sudah lama aku ketepikan...uhuhuh.. bukan disengajakan ya.

Semoga selepas ni banyak yang boleh aku tuliskan dalam blog ini. Semoga tulisan pertama selepas berbulan-bulan tidak menulis menjadi dorongan kepada aku untuk terus menulis, tidak kisahlah apa pun bahan ceritanya asal sahaja tidak mengganggu orang lain atau mengumpat.

Sebenarnya aku ni sedang dihambat kesibukan yang teramat sangat. Tapi tetap aku hendak mencoretkan sesuatu... kerana sesuatu ini membabitkan seseorang yang sangat rapat dengan aku.

Baiklah, aku mulakan luahan rasa ku ini dengan lafaz Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Abang... panggilan itu sangat akrab dan rapat dengan jiwaku. Tiada nama lain yang ku panggil dirimu melainkan dengan panggilan Abang.

Bukan abang kandung tetapi Abang yang merujuk kepada si dia si belahan jiwa. Si dia yang disayangi dan si dia yang dicintai.

Tanggal 16 September lalu adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kita... abang tak sedar bukan? Sebab abang tidak pernah ingat dan saya sudah malas hendak mengingatkan. Adakah saya ambil hati.. ohh tidak.. hal itu sudah lama saya lupakan. Saya tidak perlu ambil hati kerana nombor tidak pernah penting kepada saya. Im not a numeral person.

But i am a sensitive human being. As being - alive and still breathing.. i need your attention bang.

Unfortunately, your attention towards me fade or died once we move on to the real life from our honeymoon.

Sedih kan? But thats the fact bang... Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-47136980713778393872013-07-05T13:57:00.001+08:002013-07-05T13:57:55.052+08:00Apabila cik abang merajuk...Hmm... ntah kali ke berapa agaknya dalam sebulan dia nak merajuk. Mula-mula boleh lah dipujuk tetapi kalau dah setiap minggu merajuk.. apakah maknanya itu?

Penat hati seorang isteri langsung tidak diambil peduli. Sudah diberi layanan umpama raja tetapi masih mudah tersentuh hati sang petapa..

Mengapa masih mahu diagungkan sikap ego yang melampau itu? Mengapa masih mahu disanjung sikap pentingkan diri? Mengapa masih didewakan sikap malas yang teramat-amat tiada batasan itu?

Ringan sama dijinjing.. berat sama dipikul.. tapi bukan itu yang berlaku dalam keluarga kita ni abang.

Kami - isteri dan anak-anakmu yang berpatah pinggang memikul beban. Sedang kamu... bersenang-lenang dari atas kayangan melihat kepayahan kami.

Dan apabila si isteri berkesot-kesot memohon ehsan.. kamu sang suami terus tarik rajuk sejuta tahun..

Salahkah si isteri duhai sang suami, memohon belas dan kasihan agar sama-sama memikul berat dan sama-sama menjinjing ringan?

Aduhai blog.. hati ini sudah rawan.. lalu padamu ku luahkan.. semoga tidak terhenti lagi hati ini meratap supaya boleh bersenandung lagu hiba untuk sang suami yang dihadap. Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-7608602945830019332013-01-19T02:32:00.000+08:002013-01-19T02:32:01.600+08:00duka yang bahagiaAlhamdulillah, hanya Allah saja yang tahu bahawa kedukaan yang aku rasa malam ini (well sebenarnya pepagi buta) tidak berlarut-larut sehingga mencederakan hati. Alhamdulillah aku masih waras dan masih normal.

Sengaja aku paksa suami supaya mendengar bebelanku di awal pagi. Wajib aku segerakan sesi meluah perasaan, biar suami tahu bahawa tidak baik membiarkan isteri makan hati. Kalau makan hati ayam goreng bersalut sambal tu memanglah sedap. Tapi tak ada maknanya kalau makan hati sendiri. Daripada aku terkontang-kanting dilambung perasaan pilu, sedih, rawan dan yang seangkatan dengannya, baik aku luahkan semua itu kepada suami. Setidak-tidaknya dia tahu bahawa, i am serious about my feeling.

Alhamdulillah sesi bercakap sorang-sorang di hadapan suami yang tengah terlalu mengantuk tu mengubat perasaan. Ada sikit perasaan evil apabila melihat suami macam tersiksa menadah telinga.. HAHAHAA...

Memanglah tak dapat sebarang respons pun daripada orang yang tengah tersangat-sangat-sangat mengantuk. Apatah lagi jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan hati yang diajukan. Tetapi sekurang-kurangnya aku tidak memendam perasaan dan tidak rasa hampeh seorang diri.

Kalau ikutkan hati, nak aje capai kunci kereta dan keluar dari rumah. Hahaha itu adalah teknik kuno yang aku amalkan 14 tahun lalu. Now seiring perubahan zaman dan umur, rasanya tidur berasingan sebagai tanda protes adalah langkah terbaik.Sebenarnya saja je cari alasan meninggalkan bilik tidur yang sangat nyaman dan dingin tu. Dapatlah aku manfaatkan malam ini dengan tonton movie...yahuuu...

hmm saja je insert video fatih imamkan terawih. hensem sangat budak jerman keturunan bosnia ni. kalau dia orang-orang biasa hensem, aku tak boleh bayangkan betapa hensemnya Nabi Yusuf alaihi salam. Sapalah agaknya dapat berjodoh dengan hafiz quran ni? alangkah bahagianya kalaulah aku jadi ibu fatih.. sojuk perut macam duk dalam peti ais.

Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-15361993647269140912012-12-29T11:24:00.002+08:002013-01-19T02:14:17.025+08:00Alang-alang menyeluk pekasamApa agaknya maksud sebenar alang-alang menyeluk pekasam? Sebab aku bukan penggemar pekasam maka aku tidak berusaha mencari maksudnya. Pemalasnya manusia ini.

Alang-alang membuka blog, biarlah aku menulis sepuas-puasnya. Banyak perkara yang ingin aku kongsikan sebagai peringatan kepada diriku yang selalu alpa.

Kutu - Aku tidak pernah mengambil berat perihal anak yang mengadu kepala mereka gatal-gatal. Paling tidak apabila melihat mereka terlalu kerap menggaru kepala, aku suruh mereka syampu rambut. Sehinggalah suatu hari, Aina menggunakan sikat bergigi rapat. Setiap kali dia menyikat rambut, akan terselit beberapa kutu di celah-celahnya. Aku tidak tercakap apa-apa. Terkejut! Rupa-rupanya sudah beberapa minggu, kepala-kepala kami diserang kutu! Aina ni sikapnya pengasih dan penggeli. Dia tidak memicit kutu sebaliknya merendamkan kutu dalam air supaya ia lemas. Hahaha. Antara kasihan dan geli, Aina rela membiarkan kutu itu berenang-renang di dalam air. Kemudian aku menyuruh Danish membasuh rambut menggunakan syampu. Selepas beberapa minit bersyampu, Danish memanggil ku ke bilik air lalu ditunjukkan beberapa kutu besar terapung-apung dalam buih syampu. Eee.. gelinya! Aku segera memicit satu persatu kutu yang terkepung dalam buih syampu. Aku tanyakan Danish.. itu sahaja kah? Danish menjawab, tadi lagi banyak, tapi Danish campak buih syampu ke dinding dan simbah dengan air. Tidak sanggup tidur walau semalam pun dengan puluhan (agaknya) kutu di atas kepala. Aku meminta suami membawa aku dan anak-anak menggunting rambut. Hasilnya, kami semua berambut pendek. Senanglah sedikit urusan mencari saki baki kutu. Alhamdullillah.. buat masa ini hanya terjumpa satu atau dua ekor sahaja. Selebihnya adalah hampas telur yang melekat di hujung rambut.

Kesimpulannya - Ambil berat sikit hal anak-anak. Jangan terlalu hendak mereka mandiri. Mereka belum matang dalam banyak hal. Jika mereka mengadu gatal kepala itu bukan bermakna ada kelemumur atau sebab rambut tidak dibasuh dengan betul semata-mata. Sebaliknya mungkin berpunca dari kutu atau mungkin banyak rambut rosak! Anak-anak biarpun sudah besar panjang, memang seronok jika ibu mengambil berat hal mereka.

Sekolah Bermula! - Anak-anak ku adalah batch kedua PBS - Pernilaian Bersepadu Sekolah. No more PMR. PBS ni lebih teruk dari PMR. Kedatangan apa pun kegiatan di sekolah adalah markah. Setiap pembabitan adalah markah. Pada bila-bila masa boleh diadakan ujian dan cikgu adalah penilainya. Kasihan anak-anak, semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.. aminnn.

Kesimpulannya - Allah sahaja yang tahu hikmah di sebalik setiap tindakan kementerian pelajaran kepada warganegara Malaysia. Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-14734792727505999832012-12-29T10:48:00.001+08:002012-12-29T10:48:47.151+08:00Teknologi Buatan Manusia Memang Menyusahkan!Hanya teknologi Allah sahaja yang tidak menyusahkan. Misalannya blog ni. Saya tidak boleh update selalu sebab bertelagah dengan gmail saya. Sedangkan saya gunakan alamat emel yahoo. Amat mendukacitakan sekali kerana pekerjaan saya setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan menggunakan gmail.

Teknologi Allah menciptakan mata dengan dua kelopak yang berpagar bulu langsung tidak menyusahkan. Tidak pernah sekali pun kelopak itu tidak berkedip. Tidak perlu ditambah minyak pun untuk melicinkan pergerakan menutup dan membuka mata berjuta-juta kali. Malah kelopak berkedip tanpa kita sedar pun!

Rindunya saya hendak berblog.. Allah sahaja yang tahu. Saya perlu membahagikan masa selepas ini agar boleh selalu update diari atas talian saya ini. Saya mungkin tidak mampu menghasilkan sebuah novel tetapi saya berharap, berhajat, bermimpi dan berdoa semoga blog ini dibaca ramai kerana perkongsian pengalaman yang membawa manfaat. bukankan salah satu amalan yang boleh dibawa ke kubur adalah ilmu yang bermanfaat?

Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-6676896927428619732012-05-03T09:09:00.000+08:002012-12-29T10:55:00.267+08:00apabila hati terlukapagi-pagi lagi mereka sudah bergaduh. aku tak tahu nak luahkan perasaan aku. hanya satu yang ingin aku lakukan. berdoa tidak putus semoga Allah memperbaiki akhlak mereka. - 5/3/12

Alhamdulillah, hari ini tiga beradik tu sudah ku hantar ke masjid untuk kem motivasi. Rezeki di hujung bulan berupaya hantar anak ikuti kursus alhamdulillah, nikmat Allah yang Maha Besar.

Ya Allah.. semoga hati, lisan, fikiran dan fizikal ku tidak putus berdoa semoga Allah memperbaiki akhlak anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Berbaik-baik sesama adik beradik dan orang lain. Solat setiap waktu tanpa perlu dipaksa dan ringan tulang melakukan ibadat. Cita-citaku hanyalah ingin melihat keempat-empat cahaya mataku sebagai ahli syurga.

Apalah diharapkan dunia? Tiada sebuah kereta pun boleh dibawa ke kubur. Tiada sebuah rumah pun boleh dihantar ke kubur. Tiada satu sen pun boleh dibelanjakan di kubur. Hanya amal dan iman sahaja yang menjadi bekalan ke sana. Dan sudahkah anak-anakku itu cukup bekalannya?

Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-12086914991550239612012-02-08T08:29:00.000+08:002012-02-08T08:29:29.023+08:00Kasih SuamiSatu perkara mengenai suami saya Encik Idrus, yang sejak kenal sampai beranak pihak tak berubah-ubah ialah dia tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia kepada isteri atau anak-anak. Itu memang nyata sangat. Kami faham sebab famili dia pun begitu juga.. my parent inlaw tak seloving my mum and dad. So memang faham sangat kalau my hubby tak tahu nak tunjuk cara macam mana.

Saya ni jenis pelupa... Macam-macam benda saya lupa. Today saya lupa lagi nak bawak purse.. macam biasalah ni. Tapi one thing about hubby saya, dia ni pengingat. Dia ingat banyak perkara. Susah la kalau nak jumpa dia terlupa sesuatu. Dia ingat macam-macam. Hari ni dia ingatkan saya supaya makan ubat. Adatlah dah nak masuk senja..macam-macam ubat kena makan. Ubat kolestrol, ubat kencing manis.. ubat itu ubat ini hahaha. Siapa lagi yang ingatkan saya kalau bukan cik abang. Dia beria-ia masukkan semua ubat dalam beg kerja saya.

Bila saya fikir-fikirkan balik... mungkin inilah cara dia tunjukkan kasih sayang. Dia tak pandai nak cakap aiseyteru atau sarangngi - i love u dalam bahasa jepun dan korea. Tapi dia care about others. Which is more important than just 3 words. Terima kasih abang...wo ai ni (i love u dalam bahasa cina).Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-57316284304840725672012-01-23T21:15:00.000+08:002012-01-23T21:15:03.801+08:00AlhamdulillahAssalamualaikum buat diriku dan juga yang membaca. Pagi tadi hampir-hampir aku bertengkar dengan suami tercinta. Alhamdulillah dia tidak memanjang-manjangkan masalah remeh yang aku gaduhkan. Aku kecil hati apabila menerima teguran daripada dia yang menganggap tindakan aku tidak wish rakan bangsa cina sempena CNY sebagai tindakan yang tidak wajar dan maka kerana itulah aku tidak berkembang. bagi ku perayaan itu tidak kuraikan maka aku tidak mahu meraikannya. aku punya alasan tersendiri. bagiku agamaku adalah urusan ku dan agamamu adalah urusan mu. aku tidak mahu meraikan sesuatu yang bukan milik ku. Tapi bagaimana hendak aku jelaskan tatkala aku sedang asyik menjamah hidangan. lapar.. memang lapar sebab sarapan jam 10.30am. wajarkah dia berkata kepada anak-anak : "kamu semua jangan ikut kamu, sebab tulah dia tak berkembang."

terasa pahit anak tekak, aku terus menolak kuewtiau sup lalu melantak makanan damia yang sepatutnya tidak aku sentuh.

mujurlah perbalahan itu tidak berpanjangan. aku sempat masak lauk ringkas - ikan goreng berkicap, dia pun makan tengah hari. biasanya dia merajuk lalu ke tempat kerja dengan perut kosong tetapi kali ini tidak. alhamdulillah. suami ku pun menolong juga sikit sana sini mengemas rumah.. alhamdulillah.

terima kasih ya Allah.. semoga tiada lagi pergeseran di antara kami.. aminnnnLyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-53024939284250471342012-01-13T14:38:00.000+08:002012-01-13T14:38:42.024+08:00risauassalamualaikum teman tersayang yang sudah lama tidak ku jenguk. aku minta maaf kerana terpaksa mengadu kepada mu. Aku punya Allah dan aku adalah hambanya tapi aku tak mampu menyimpan seorang diri perasaan ini. aku sayangkan suami ku dan dia sekarang sedang keseorangan di hospital. aku tidak dapat menjenguknya kerana deadline. ya Allah lapangkan rezeki kami supaya aku dapat tidak bekerja dan boleh menguruskan keluargaku tanpa dibelenggu kerisauan yang amat dahsyat iniLyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-17510463733808999552011-12-11T02:06:00.000+08:002011-12-11T02:06:14.648+08:00terlalu lama aku tinggalkan kamuAssalamualaikum buat diriku dan buat yang sudi membaca blog ku ini.

Sudah beberapa minggu sebenarnya aku berhajat nak update blog ni. Tapi memanjang aje sibuk. Kalau tak sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan rumah. Kalau tak sibuk apa pun, sibuk membuang masa hahaha.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku tiada lagi di dunia ini.. apakah nasib blog ini agaknya ya? Semoga aku sempat mendelete dan memadamkannya terlebih dahulu. Aku tidak mahu meninggalkan apa-apa kesan atau jejak yang boleh membawa lagha kepada orang yang membaca tulisan aku ni. Susah aku nak menjawab dengan malaikat dalam kubur. Lainlah kalau blog ini sudah benar-benar aku mantapkan dengan pengisian ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain. Masa itu biarpun tubuh aku sudah hancur luluh dimakan ulat dalam tanah namun aku tetap mendapat saluran pahala hasil penulisan aku yang membawa kebaikan kepada orang lain. DAN itulah AZAM aku..... INGIN MENULIS SESUATU YANG BERMANFAAT. INSYA ALLAH.

Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-47254712730045590832011-09-15T08:47:00.000+08:002011-09-15T08:47:34.277+08:00my favourite song

aku suka sangat kat lagu ni.. saja aku download supaya boleh bukak bila boring.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-86630867719626774922011-08-14T06:59:00.000+08:002011-08-14T06:59:46.626+08:00Kisah Penang Part 3Assalamualaikum,

Lama dah tak menulis kat sini... kesian kat diari keduaku ini....

Ok berbalik kepada cerita kat Penang. Rasanya dah tak ingat sangat laa sebab agak lama juga tak jenguk blog ni. So kita nak share apa yang mampu je la.

Malam tu tidur tak berapa lena.. so senang le bangun pagi. Kita le orang pertama dalam grup yang menapak ke restoran (ntah apa nama laa plak) dalam hotel tu. Selesa gak laa makan kat situ, janji isi perut. Then kumpul kat lobi tunggu member lain turun. Tunggu punya tunggu.. agak lama la. Kita perasan ada van USM kat luar tapi sebab Mr Saifudin kata nak jemput kami di dalam so kami tidak la keluar atau ke mana-mana. Mujurla saya keluar gak.. sebab intuisi kata itu van yang patut jemput kami. Memang sah van untuk kami. Pakcik Anuar (kalau tak silap la) sudah pucat lesi tunggu kami. Katanya dah lewat ni. Kami ni manalah tahu yang kami kena duk kat luar menunggu. Habis satu bab, akhirnya sampai le ke USM. Memang best laa Fakulti Komunikasi Massa.. kalaula kita tahu, kita apply dulu kat USM.

Selepas letak bag kat kerusi dalam dewan kecik (nak kata dewan kuliah tak le sangat, kocik je tompek nyor) kita terus kata sorang kakak kat situ (one of kerani fakulti) "minta air segelas boleh, haus beno rasanya" hehehe dengan muka tak tau malu laa. Kakak tu pun bagi le segelas air yang dia ambil dari dalam setor. Kita tibai je le, abis udah haus bebenor.

Bengkel pagi tu dimulakan dengan ucapan dari Datuk Chamil Wariya, lepas tu Dekan Fakulit Dr Azimudin then pengerusi bengkel Dr Nik. Lepas tu barula dijemput Mr Steven dari Kettha (kami duk satu hotel dengan dia rupanya), untuk beri syarahan.

Selesai syarahan, kami semua minum kejap. Then kami masuk ke bilik sebelah dewan (more like kelas laa) untuk pembahagian kumpulan. Dari situ kami kena buat kajian mengenai masalah yang dihadapi oleh wartawan dan saintis dalam usaha untuk membuat laporan/berita mengenai sains dan alam sekitar. Semua aktiviti ada had masa masing-masing. So lepas je kerja kumpulan, kami makan tengahari. Time tu kita cuba gak cari surau untuk solat zuhur. Tapi gagal. Ntah nak kena belok ke sana sini, akhirnya sesat. So tunggula sampai masuk bengkel kedua. Masa tu dapat balik duk ngan geng wartawan. Time ni la kita tanya geng lain mana depa pi surau. Then kak Shidah kata nanti dia ajak. So dalam hati kita niat la untuk qasar aje. Habis je gerak kerja kumpulan, kita pi toilet jap. Masa tu Kak Shidah ngan Ana (MMP) dah pi dulu surau. Aduh.. again sesat lagi. Kita dengan muka mencuka duk mengadu kat Saifudin. "Susah beno nak cari surau kat sini ya" Mendengarkan aduan kita tu, saifudin (dia ni bakal jadi pensyarah, tengah duk ambik Phd, fuh muda lagi bakal dapat title Dr) terus ajak kita ikut dia. Rupa-rupanya dia tunjuk jalan ringkas ke surau. Oho.. doket yo..hahaha bukan fakulti kita la katakan. Sampai aje kat surau, kita nampak kak Shidah dan Ana tengah duk wuduk. Baru sampai rupanya mereka ke situ. Depa siap minta kita tunjukkan jalan short cut yang kita guna masa nak pi surau huhuhuhu.

Ok settle bab tu semua termasuk pembentangan dalam bengkel - which of course kita le yang kena bentangkan hahahahahah... nanti kita upload gambar from saifudin. hodoh beno rupe mike hahaha. Kita pun buat laa plan petang tu nak pi mano nak buek apo. Kak Shidah yang dari semalam bercerita nak makan durian Balik Pulau akhirnya didengor oleh Dr Nik. So Saifudin, Dr Nik, Dr Kim dan Dr Aziz (Dr Kim dan Dr Aziz peserta bengkel wakil USM) pakat-pakat nak bawa kami makan durian. Kami pergi nak van USM. Yang ikut, Dr Kim, Dr Aziz, Saifudin, kita, kak Shidah, Ana dan dua Dr dari USM Kelantan. Fuh rasa macam jadi orang pandai le plak bekawan semua dengan Dr Dr belaka hahaha. Rupa-rupanya Dr Aziz ada dusun sendiri kat area Relau. So kami singgah di dusun dia. Mula-mula kami dijamu dengan rambutan (Dr Aziz ada pekerja Indon yang tolong jagakan dusun dia, budak Indon yang baik hati ni tak henti-henti kopek durian untuk kami). Lepas tu barulah kami menikmati kelazatan seulas demi ulas durian fuuuhhhh sodappp. Yang kelakarnya setiap durian tu ada nama dan rasanya berbeza-beza. Ada durian kampung - rasa biasa je, durian LancauTan (nama memang mencarut sebab pemilik asal dusun ni Cina, dia suka kutuk satu mamat (bangsa cina la) yang suka makan satu jenis durian ni. So dia namakan spesies durian tu dengan kutukan kepada mamat tu) rasanya boleh laa, durian TuhanKasiPunya - rasanya masyaAllah sodappp, durian tembaga - yang ni tak yah cerita, memang kaw dan last sekali durian 12D - penutup yang menjadi igauan semua penggemar durian. Tak boleh nak cerita kesodapannya... fuhh sampai sekarang teringat-ingat. Balik tu Dr Aziz ikut sebab orang rumah dia ada (his wife and his son - baru balik sekolah gamaknya). Kami duk bincang-bincang berapa nak bayar kat Dr Aziz. Dia kata kalau nak bagi, bagi kat pekerja Indon yang penat lelah kopek satu demi satu durian untuk kami. Hihihi as usual mana le wartawan ada duit so tengah kami duk pakat sorang berapa hinggit tiba-tiba Dr Kim keluarkan not RM50. "Hah, campurlah dengan duit awak semua dengan duit saya ni." Dr Aziz pula tiba-tiba menyampuk "Ishh tak payah banyak-banyak, RM50 dah cukup" Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun tidak le menokok duit yang ada, terus guna duit Dr Kim dan serahkan pada Dr Aziz untuk diberi kepada pekerja Indon tu. Kita pun terus ucap berbanyak terima kasih kepada Dr Kim kerana belanja kita semua makan durian. Hahahaha pandai tak kita? hihihi

Sebelum balik, Dr Aziz sempat masukkan seguni rambutan dalam van. Katanya untuk dibawa ke jamuan BBQ. Uikksss? Ada BBQ ke? Huaaaa ini sudah bagus, macam duk kat resort laa plak, siap ada jamuan BBQ.

Van sampai depan hotel dan ingatkan kami untuk turun semula dalam jam 8. Masa duk tengah lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba Laupa Junus sms (laupa ni editor bahagian rencana Utusan, dah berapa kali menang anugerah Kajai) "...tak mabuk ke makan durian" Kita balas " ishhh mana ada.. gian nak lagi ada laa" Laupa balas "ishh anak sapa laa ni" Laupa tak join kami sebab badan dia tak sihat sangat. Hmmm dari semalam tak join kami jalan-jalan so to me the reason of being not so fit is just an excuse. Dia suka berehat dan melepak-lepak aje sebenarnya hehehe, bukan macam kami yang tak tau duk diam. Tepat jam 7 lebih lepas solat magrib, kita pun terus turun dan tunggu geng kat bawah. Kalau duk melepak takut tertidor melepas lak nak rasa BBQ USM. Sekali lagi van bawa kami ke Fakulti Komunikasi. Rupa-rupanya kat tepi bangunan fakulti (dekat tempat parking) ada kawasan berumput. Area situlah budak-budak Masscom USM ni suka buat BBQ. Malam tu meriah, ramai pensyarah datang termasuk Dr Azman Azuan (she's born in London so the father name came first) datang. Seronok gak dengar celoteh Dr Azman. Dia panggil student dia untuk buat mesyuarat dengan gelaran wahai bakal-bakal jenazah. Hmm tersenyum kita dibuatnya. Habis je makan-makan, Kak Shidah minta kebenaran from caterer nak pinjam pinggan. Rupa-rupanya si reporter RTM tak sihat, kena menstrual pain. So kak shidah yang baik hati ni nak bawakan makanan untuknya.

So tamatla aktiviti hari kedua di Penang. Malam tu balik ke hotel dengan badan bau ayam bakar hahaha. Malam tu adalah malam terakhir kita tido Penang, so kita pun duk laa kemas-kemas barang.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-51364847674646365602011-06-28T23:24:00.000+08:002011-06-28T23:24:43.118+08:00part kedua di penang hari pertamaPart 2 Hari Pertama di Penang.

Selepas van usm datang amik kami kat airport penang, kami terus dibawa ke Vistana Hotel. Tempat tu belakang kompleks bukit jambul - besar gak, ada mydin, kamdar dan macam-macam lagi. Tapi paling mengejutkan kat belakang hotel ni ada satu warung cendol orang melayu! You... i tak percaya you.. brother melayu buat cendol. Malangnya hahhaa kami le yang tak sempat nak merasa. Manakan tak.. sibuk nak beli jeruk kat chowrasta. So kami naik le bas kat depan kompleks bukit jambul sobab kalau nak teksi harga di antara rm20 hingga rm50. I cakap you.. orang Penang memang pandai sembelih orang luar hahahaha. Naik bas rapid 301 setakat RM2 aje.. dapat le kami tengok dengan lebih dekat area tempat kami tinggal dan perjalanan ke bandar. Malangnya belum sampai landmark - Bangunan Komtar, geng kami Ana from Millenium Magazine ajak turun katanya dah dekat dah. Rupa-rupanya salah info heheheheheh.. sempat le kita eksesais berjalan kaki. Best dan penat laa. Akhirnya selepas turun naik, selepas crossing sana sini... kami sampai jugak le ke chowrasta. Dapat la kami beli jeruk sepuas-puasnya kat kedai Melayu. Lepas ni kalau aku ke Penang, aku tahu kat mana nak tuju.

Sebelum kami menamatkan sesi membeli belah jeruk sempat laa kami tanya mamat hensem yang jual jeruk tu kat mana nak makan best. Sebabnya geng kami yang satu lagi - Kak Shidah Bernama berpuasa. Tabik spring kat dia... sangat tough. Puasa-puasa pun larat berjalan jauh.. fuhhhh. Mamat hensem tu cakap rugi kalau tak pi Restoran AlHameediyah. So kami ke sana le.. haha jalan kaki lagi la.

Sampai kat situ kita order teh tarik dan murtabak ayam, Ana dan Zura RTM order roti nan ngan ayam tandori, Kak Shidah pulak makan nasi lauk daging. Okla semuanya sedap gak.

Lepas tu kami naik bas hop in (versi Penang) yang free of charge untuk ke stesen bas di tengah bandar. Mulanya plan nak naik teksi tapi bila tengok macam susah aje nak dapat teksi kami pakat naik bas je la. So kami melepek (sebab nak penat sangat masing-masing melepek kat bangku yang ada di situ) la sambil tunggu bas datang. Hmm kami tunggu dalam setengah jam lebih gak laa. Dalam bas rapid 302, kami mintak tolong abang driver untuk turunkan kami depan hotel. Kaki makcik dah lenguh you...

Unfortunately, memang agaknya hari itu hari untuk kami bereksersais. Tiba-tiba aje ada konduktor tiket datang check tiket kami (kat KL mana ada konduktor untuk bas rapid hehehehe pelik gak laa). Pakcik konduktor yang wangi (memang wangi sebab dia berdiri depan saya) tu pulak tak turun-turun. So abang driver bas Rapid tak boleh nak turunkan kami depan Vistana tapi kat bus stop yang halal (bukan main taram je) kira-kira 200 meter ke depan. Kami menapak le lagi ke hotel. Fuhh leganya bila dah sampai.

Bila dah sampai bilik, kita tak tunggu terus tadah air panas dalam tub dan berendam. Tak sanggup biarkan otot kaki kejang. Tapi biasala bila dah selesa mata memang susah nak tido especially bila tak de hubi ngan my four darling. Lucky esok balik KL.... I MISS HOME!

Esoknya lebih best hahahaha so part 3 in Penang tunggu yaa..Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-26001882051826634522011-06-27T23:38:00.000+08:002011-06-27T23:38:46.034+08:00Sehari di PenangDah lama tak naik flight.. alhamdulillah merasa gak hari ni saya naik kapai terobang.. Air Asia. Rupa-rupanya senang bangat nak check in. LCCT tu tidak le beso sangat rupanya. Biarpun agak lambat gak la saya sampai kat terminal sebab tak tahu nak bajet masa tapi alhamdulillah berkat doa suami tercintaku semuanya Allah permudahkan. Seronok gak naik Air Asia biarpun tak de air jus percuma hahahaha semua kena bayor uu.. tak lalu i.. mahai beno.. bako kang baru tauu..

Dari terminal kapai terobang tu.. ada budak2 USM ambik. Iyolah miko yang mengambik nyo sobab miko gak yang mengatur bengkel nyo hehehehe.. Saya ke Penang ni bukan makan angin tapi kono buat kojo. Ada Bengkel Interaksi Saintis - Wartawan: Kewartawanan Sains & Alam Sekitar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dari 28 hingga 29 Jun.

Macam terer sangat saya ni dalam bab bab Sains dan Alam Sekitar.. hahha Alhamdulillah terpilih untuk ke bengkel ni.. dapat gak release tensen. Cuma rindu laa malam-malam macam ni tak ada suara suami dan anak-anak. Sabar je laa ye.. udah namanya berbengkel.. terpakse lee sabar heheheh.

Nanti kita cerita part dua hari pertama kita kat sini.. now nak tidor dulu tadi udah penat mengukur jalan hahaha... gud nitesss all.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-64973573842719396832011-06-23T11:44:00.000+08:002011-06-23T11:44:58.326+08:00Perihal laki biniSekarang ni sibuk orang bercakap mengenai kelab taat suami. Kata pengerusi kelab tu, orang perempuan kena hebat kat gelanggang untuk takluk hati suami seperti pelacur kelas satu. Perghhh... pernah ke cik puan pengerusi tu tengok pelacur beraksi macam mana?

Ada seorang isteri mengadu, asyik-asyik heboh pasal nak puaskan nafsu suami.. asyik-asyik pasal macam mana nak gembira dan bahagiakan hati suami, hati isteri macam mana? Ada siapa-siapa fikirkan? Ada siapa-siapa perjuangkan nasib ramai isteri yang setiap malam dibiar keseorangan macam nasi sejuk sebab laki sebok melayan mata pancing, bersadai kat gerai mamak atau berborak sakan dengan teman-teman sampai tak ingat dunia? Ada tak tempat untuk isteri pertengahan umur mengadu mengenai nafkah batin yang semakin jarang-jarang dia dapat gara-gara berkongsi katil dengan madu yang muda belia?

Sebagai seorang isteri, saya dapat merasakan apa yang si pengadu tu rasakan. Hidup berumah tangga ni banyak cabaran. Macam-macam dugaan baik dari segi fizikal, spiritual, material, komunikasi dan macam-macam lagi. Ada yang beruntung dapat suami serba serbi hebat, ada pulak yang terpaksa reda bila suami kurang sikit tinggi atau tak cukup `panjang' :-). Ada yang dapat suami garang, tak kurang gak dapat suami baik budi. Ada yang dapat suami kaya tapi ramai bersuamikan orang sederhana atau cukup-cukup makan. Kalau berjaya melepasi dugaan, perkahwinan itu akan sampai ke liang lahad.

Banyak jugak perkahwinan yang sekerat jalan lepas tu sambung balik sekerat lagi dengan orang lain. Ada yang sekerat lepas tu serik dan menjadi tunggal sampai akhir hayat. Saya sendiri belum boleh jamin status sebagai isteri ini akan saya pegang sampai mati. Saya tak berani nak berasa begitu confident. Sebab hati orang lelaki ni, biarpun siang malam kita belek dan kita tatang, tak kan boleh kita duga perubahannya. Ikut pengalaman sendiri, sampai hari ini saya masih belum tahu apa makanan kesukaan suami. hahaha.. itulah hakikatnya. Sebab suami saya akan makan apa juga yang mak mentua saya masak tetapi tidak akan makan apa juga yang saya masak biarpun saya copy bulat-bulat masakan mentua.

Suami saya cukup suka makan daging masak kicap kat Kedai Bulat tepi Highway Awan Besar tetapi tak pernah sentuh daging masak kicap yang saya buat. Berbeza dengan anak-anak yang sanggup jilat pinggan dan sudu kalau dapat makan daging masak kicap saya. Bohonglah kalau saya tak kecil hati. Tapi saya tak biarkan perasaan itu berpanjangan. Untuk memuaskan hati, saya sindir-sindir suami. Suami apalagi merajuklah dia. Masa tulah saya pujuk dia. Merayu damba, berguling-guling tepi kaki, minta ampun minta maaf, bertaubat dan macam-macam lagi. Hasilnya..... suami ambil sebiji pinggan tuang nasi sendiri, goreng telur sendiri dan ambil kuah kicap daging tuang atas nasi. Biarpun sedikit yang dia jamah tapi saya anggap saya dah berjaya hahaha.

Penting sangatkah untuk berjaya atau menjadi pemenang kepada satu-satu situasi dalam perkahwinan? Yup!!!! Sangat penting.. memang teramat-amat penting. Kenapa? Tunggu.. nanti saya kongsi sebab itu...Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-92098545238078890432011-06-22T13:53:00.000+08:002011-06-22T13:53:39.743+08:00ntah apo-apo laaHari ini den dapek ilham macam mano den nak tulis buku tobal - novel laa.. den kono setiap hari bukak blog dulu. den kono meluahkan segalo isi hati sanubari dalam blog dulu lopas tu barulah den buek kojo. Dari situlaa baru den boleh mantapkan persombahan buku tobal den... Alhamdulillah... hari ni den dapek ilham nak buek gitu. Den sobonarnyo nak meluahkan perasaan sikit. aduhahi... susah bonar nak cakap nogori kalau bukan lidah asal sano hahahaha..

Hari ni aku bersyukur... ada orang mengingatkan aku supaya bersyukur. Aku bersyukur kerana biarpun suami aku tu sensitif bangat.. tapi suami aku ni sangat baik. Minta tolong apa pun dia sure buat. Kalau nak tukar ngan sapa-sapa pun aku tak mau. Aku bersyukur sangat sebab jodoh aku dengan dia. Biarlah dia stakat bagi aku duit dapur rm50 je untuk sebulan tapi itu lebih dari mencukupi. Sebab kasih sayang melimpah ruah dia tu dah memadai untuk aku. Sebenarnya aku plan nak share suami aku ni ngan kawan baik aku. Aku dah lama plan tapi macam biasalaaa... suami aku malas nak memikio hal lain. Sejak dia dah berubah ni, dia nak banyakkan amalan. Kalau banyak bini, dia susah nak beribadat.. Itu katanya.

Tapi kalau ditakdirkan ada awek cun melecun terkenan kat suami aku dan suami aku plak terjatuh cinta kali keempat (kali kedua dan ketiga dulu kantoii, masa tu kedudukan ekonomi kami berdua tengah sangat-sangat krisis) ... hmmm aku akan cakap, "ok ayang izinkan abang kawin ngan gadis bergetah yang cun melecun tu as long abang bahagia." Aku pun lebih-lebih bahagia sebab akan dapat exxtrrraaa hoursss untuk pelbagai aktiviti yang aku suka buat tapi tak dapat buat sebab laki ada kat rumah hahahahaha....

Sure akan rasa sedih gak laa sebab kena share husband. Uwaaa surelah sad maa. Tapi kesedihan itu takkan berpanjangan. Aku ada banyak sebab untuk bergembira daripada membiarkan diri dilanda nestapa. Kalau laki aku kawin ngan my best pren, aku tak sad langsung tapi extraterial happy. Cuma kalau kawin ngan aweks bergetah berdahi licin cun melecun aje yang aku akan sad sikit. Hehehhe reason? Sad sebab tak boleh lagi nak mintak rushing breakfast (make love early morning lepas budak-budak semua pi school dan aku masuk ofis lambat) or rushing tea time (make love sebelum asar, time budak-budak semua tengah seronok tengok tv kat living room). And for sure dalam hati laki aku akan buat comparison antara aku n newly wedded wife dia. Sad sikit laa sebab pandangan suami aku akan lari sikit aligmen time we make love. Hahaha sure dia tutup mata bila dengan aku, bukan terbontang macam sekarang hahahahahaha.. imagine that! hahahahahaaha

Funny laa life ni and how our body change after those years... Im so happy with what Allah gives me. So happy, so blessed and so grateful that Im not worried with addition lemak all over my body. You need lemak to stay warm hahahah. Alhamdulillah the magic word yang i love to repeat. Alhamdulillah for everything ya Allah. Doaku, semoga rumahtangga kami bahagia, sentosa dan kekal hingga akhirat. Amminnnnn ya rabbal alamin.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-42741533052327037162011-06-22T13:23:00.000+08:002011-06-22T13:23:24.782+08:00Kisah Burung UntaAssalamualaikum buek den dan sesapo yo yang membaco kisah den kali ni. Alkisah semalam, anak den berkobar-kobar nak poie rombongan (bukan rombongan meminang yo) sekolah. Den tanyo, ekau nak poie mano? Anak den jawab kami nak tengok ostrich. Den kato Oooo nak tengok burung unta ... wah seronok tu. Kalau Danish berani, Danish cakap kat orang jaga burung unta tu, Danish nak naik, nak tunggang burung ni. Isshhhh ini pengalaman sekali seumo hidup. Mama dah tua-tua macam ni pun tak pernah tunggang burung unta. Anak den diam yo, mengangguk tidak, menggeleng tidak... dalam hati den.. Alhamdulillah, syukur ya Allah, baik bonar anak den ni.. dongar semuo cakap mak yo.. Esoknya bersamaan hari ini.. anak kesayangan den tu bertanyo baik-baik kek den dongan muka yang sungguh suci lagi innocent.. Mama... burung unta itu ... macam unta ada kepak ye mama? Den pandang muko anak den.. den nak golak pun ado tapi den tahan. Den cakap bebaik yo ngan anak den, Ishhh burung unta tu bukan unta ada kepak tapi sebutan dalam bahasa Melayu untuk ostrich. Ostrich tu ayat bahasa Inggeris, orang melayu panggil burung unta. Anak den menyampuk, Ooooo, danish ingat unta ada kepak... Den tak dapek bayangkan macam mano agaknyo anak den semalaman memikior perihal unta berkepak. Semoga semuo yang cekgu sekolah anak den plan untuk rombongan hari ni berjalan lancar. Semoga semuo selamat laa hondak nyo. aminnn...Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-68046920707334558802011-06-21T13:31:00.002+08:002011-06-21T13:31:33.230+08:00Percubaan pertama untuk merubah gaya persembahan blogkuLyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-63400707086676809902011-06-21T10:16:00.002+08:002011-06-21T10:16:44.951+08:00nampak mudah tapi susahBukan mudah rupanya menjadi blogger. Macam-macam you kena test n try to make it better. the most important is to write on it. Aku bingung jap.. bukan kejap malah berbulan-bulan. Nak tambah satu blog pun aku dah ternganga. Hahaha so lepas ni aku kena belajar lagi. Mungkin aku boleh minta tolong somebody... yepp..Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-16377090756042746182011-06-10T09:53:00.002+08:002011-06-21T09:40:12.089+08:00rumah nombor duo denpotang ni ado segorombolan cik kiah (actually semi gov dept) nak datang jonguk opis den. nasib baik tak jonguk rumah.. kalau depa jenguk rumah den.. sure depa akan datang sekali lagi tapi kali keduo tu depa bawak krew bersamamu hahahahah haru haru. so hari ni adalah the best day untuk mengechek opis especially sarang tompek den menetaskan idea. haaa.. udah laa bersih sebersih bersihnya siap wangi lagi.. bukan mejo atau kosi den yang wangi tapi den ni haa yang tepek minyak wangi banyak-banyak kat ketiak hahaha.

sarang den aka bilik den aka satu ruang kocik dalam opis yang ditotop ngan dinding siap berpintu sebagai bilik den sememang nyo udah jadik rumah nombor duo den. siap kadang-kadang den angkut anak-anak den sekali duk dalam bilik kocik ni. anak den sumo gabak-gabak belako.. macam semalam, terpakso den mengalah duk kek luor sobab tak muek nak beramai-ramai duk dalam bilik. udah le bising memanjang, den sobat sekor-sekor dongan ruler pun tak jalan iyolah badan sekor-sekor bukan main tobal lomaknyor, bau somacam pun ado. Si sulung tu .. hisshhh mandi ntah macam mano gayo agaknyo serupo tak mandi sebulan. poning palo mak ai.. tak payah dikobarkan lagi.

den tak berapo gomar ngan bilik den ni sobab bukan cita raso den. den lebih suko kek luar nun.. ramai-ramai, meriah. den kek dalam ni macam ikan dalam belango atau burung dalam sangkar.. ontah apo anak buah den riuh rondah kan den tongango laa sorang-sorang.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-62866490089657533932011-06-10T09:47:00.000+08:002011-06-10T09:47:33.398+08:00diari gelap ku

haaa.. kalau dalam cerita ni lelaki yang buat hal.. cuba bayangkan kalau gegirl pulak yang sebenarnya buat hal..ha ha..jeng jeng jeng..Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-70235052030888221332011-06-08T20:49:00.002+08:002011-06-08T20:49:51.757+08:00lain disuruh lain dibuathari ni aku balik lambat. suami suruh aku siapkan kerja. tapi kalau dari pagi sampai ke malam menghadap pc.. manalaa larat nak buat kerja hahaha.. so hari ni aku melepak melayan perasaan dan menulis sedikit konon-konon untuk novel. doa ku semoga usaha sedikit lama-lama membuahkan hasil aminnn.. semoga diizinkan Allah..

kepada abang aka suami tercinta.. maafkan dinda ya.. kerana tidak mematuhi janji. dinda tak siapkan kerja tapi buat kerja lain hehehe jangan marah da...Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-1526935223189166202011-06-08T18:45:00.000+08:002011-06-08T18:45:38.261+08:00Inflasi!!!!!!Negara kita sedang mengalami inflasi dan kita bakal berdepan dengan tempoh inflasi yang sangat hebat. Dan bersedialah kita semua dengan kenyataan bahawa tempat kita mencari sesuap nasi ini sedang menanggung kerugian yang hebat dan kita bakal berhadapan dengan tahun-tahun yang sangat menggugat. ..... wah ... serius you!!!! i takut inflasi...

Ok.. jangan gerunkan hati. Relaks dan bertenang. Apa-apapun update resume, manalah tahu kalau suddenly kena quit..nauzubillah..

gitulah gawatnya hidup zaman Najib. Tak sesenang zaman Tun... zaman Badawi lagi teruk tapi belum timbul tanda inflasi yang dahsyat.. now.. yang kaya makin kaya sebab percaturan ekonomi Najib tak sebalance Tun. yang miskin menjadi lagi tegar.. kasihan kan....

semoga Allah lindungi Malaysia tempat tumpah darahku...aminnnLyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-90405558017670361392011-06-07T08:15:00.000+08:002011-06-07T08:15:48.418+08:00MakSetiap kali aku on pc.. wajah mak la yang pertama aku nampak. Aku sengaja jadikan gambar mak sedang tersenyum yang adik lelaki aku bernama Salleh, rakam secara candid sebagai wallpaper pc. Masa tu dedy masuk hospital kali kedua dan masa tu Diba masih ada lagi. Bagaimana agaknya rupa mak ya..kalau dedy tak sakit dan kalau Diba tak pergi? Mesti lebih ceria dan bercahaya.

Tempohari masa balik kampung, aku tengok mak semakin kurus. Kesian mak.. aku kecewa sebab sebagai anak sulung, aku tidak dapat membantu langsung. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Kalaulah aku tahu bahawa ayah aku akan jatuh sakit seteruk ini dan anak harapannya iaitu adik kesayangan aku - Diba akan melarikan diri.. aku rela membujang. Aku nak berbakti kepada mak dan dedy sampai mereka menutup mata. Aku cemburu melihat rakan sekerja yang masih bujang tetapi dapat berbakti kepada ibu bapa mereka sampai kedua-dua ibu bapa menutup mata. Bagi aku.. biarlah aku digelar andartu.. asalkan aku dapat memberi khidmat 100 peratus kepada mak dan dedy.

Tapi.. mak aku ni bagi ke kalau aku jadi andartu? Sure huru-hara... mak bukan boleh anak dia bujang trang tang tang. Tak kira lelaki atau perempuan, mak suka jadi spy cari mana-mana anak dara atau teruna untuk cepat-cepat dijodohkan dengan anaknya. Aku sedih sangat bila mak paksa aku kahwin dulu. Aku terasa macam mak tak sayang aku. Tapi sekarang, aku bersyukur sebab aku berkahwin dalam usia yang sepatutnya. Biarpun bahagia (alhamdulillah) dengan suami tercinta tetapi dalam hati aku gundah gulana memikirkan hal mak dan dedi terbuntang berdua di kampung. Rasa macam nak berhenti kerja dan bawa anak-anak semua balik kampung. Suami aku kata, "Kerja gila tu... kita banyak hutang, takkan nak susahkan mak dan dedy" Betul cakap suami, macam mana aku nak biaya hidup kat kampung kalau aku tak kerja? Kerja aku pulak bukan jenis boleh ditukar ikut suka hati. Nak harap gaji suami, tak lah sebesar mana, cukup untuk bayar bil, hutang rumah dan duit dapur. Macam mana pulak kalau ada hal kecemasan? Nak guna duit semua tu. Jadi terpaksalah aku pendamkan hasrat nak berhenti kerja sehinggalah kedudukan ekonomi aku dan suami stabil. Aduhai... kesian mak...

Mak... bukannya ada galang ganti. Ayahku tidak berkahwin lebih. Mak itulah satu-satunya mak yang aku ada. Mak... sama seperti aku.. anak sulung dari sembilan adik beradik. Sikap mak yang degil tu sama seperti aku. Cuma muka aku tak mirip mak. Muka aku lebih mirip mentua dia - Nyai aku. Mak suka bercakap aka membebel hahaha samalah macam aku. Kalau dah mula bukak mulut.. susah nak tutup. Mak suka kesempurnaan, sama macam aku yang mementingkan perfectionist. Kalau buat sesuatu kerja, biar sampai habis. Satu perkara yang aku sampai bila-bila takkan dapat beat mak.. masakannya. Macam mana aku tiru sekali pun.. air tangan mak lagi power. Masa balik kampung tuhari.. aku masak ayam kicap. Adik bongsu aku Luqman kata, "Wah sedap long.. tamam (dalam bahasa arab bermaksud sempurna)" Anak-anak aku kata, "Mama..terbaikkk" Tapi suami aku kata.."Kureng laa" Cuba kalau mak yang masak. Semua orang angkat ibu jari..thumbs up!

Aku rindu nak dengar suara mak. Memanglah aku boleh call mak hari-hari dan dengar suara mak pot pet pot pet dalam phone. Tapi itu tak sama dengan mendengar suara mak sambil merenung wajahnya. Siapa boleh bagi tahu aku apa warna mata mak korang? Haa... warna mata mak macam warna mata aku.. coklat. Kami ni ada darah Belanda you!!!

Mak tak suka susahkan anak-anak dia. Kalau sesuatu benda dia boleh buat. Berat atau teruk macam mana, dia akan buat sendiri - sikap tu macam akula...huhuhuhu. Tapi aku tak sanggup lihat mak buat semua sendiri-sendiri. Aku nak tolong mak.... sebab tu kalau aku balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu mak buat terlalu banyak kerja rumah. Biasalah aku dengan mak, berebut-rebut nak masak, berebut-rebut nak basuh pinggan, berebut-rebut nak sidai kain, berebut-rebut nak garuk daun kering. Tapi satu perkara yang aku tak berebut dengan mak - tengok tv. Hahaha memang mak ada rancangan tv yang dia suka tengok. Mak suka tengok cinetron Indon, aku suka tengok drama Korea. So.. aku memang tak kacau tv kalau balik kampung. Sebab aku ada stok cd Korea kat rumah untuk aku tengok bila aku ada masa lapang.

Mak... long rindukan mak. Long doakan mak dan dedy sihat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki. Long doakan juga semoga mak bersabar dan tabah menjaga dedy. AminnnnLyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6515663799751211535.post-66427351752851007202011-06-03T14:05:00.000+08:002011-06-03T14:05:40.492+08:00JumaatHari penuh kemuliaan dan keberkatan. Kalau boleh hari-hari aku nak hari itu adalah Jumaat. Sepatutnya Jumaat dijadikan hari bercuti supaya lelaki dan perempuan boleh berlumba-lumba beribadah. Seronok bila tengok anak-anak mencari-cari baju Melayu, bersiap-siap awal sebab suamiku memang suka ke masjid awal. Suka dan senang hati melihat suami terburu-buru menyiapkan kerja semata-mata hendak cepat bersiap dan ke masjid. Semua itu menenangkan hati. Bekerja hari ini pun seronok jugak. Boleh lepak dan santai kerana anak buah semua ke masjid hahahaha aku curi tulang laa tu.Lyana Idrushttp://www.blogger.com/profile/18371417079311083516noreply@blogger.com0