Dah masuk maghrib. Sebelum solat... nak tulis sesuatu dulu. Dua hari lepas aku mimpikan Mie. Apalah khabar Mie agaknya? Masih hidupkah Mie atau ? Sungguh.. aku tak dengar apa-apa berita lagi selepas perpisahan kami. Rindukah aku yang menyebabkan aku bermimpikan dia? Adakah rasa rindu kepadanya? Atau mimpi itu berpunca dari perasaan bersalah aku kepadanya? Tega benar aku ini. Meninggalkan seseorang yang teramat menyayangi diriku kerana dia itu sakit! Zalimnya aku!
Mie.. maaf dan ampunkan lily..
bior tak lekang dek panas
apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn
Thursday, December 30, 2010
beres satu bab
siap sudah kerja mengumpul bahan... now beri tumpuan kepada menyudahkan rencana. Ajak! Ajak! Fighting!
Wednesday, December 29, 2010
jahatnya penat!
penat itu sangat berhantu.. mengekori aku ke mana saja.. aku sungguh lelah dan kepenatan! jom hiburkan hati dan gerakkan badan.. hopefully penat bertukar stamina!
Khusus untuk Yang Dicintai
Assalamualaikum Bang... ayang tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti abang akan membaca blog ayang. Begitupun, ayang berfikiran positif bahawa abang akan jua membaca blog ini selepas ketiadaan ayang di alam fana.
Abang... pertama-tamanya ayang memohon maaf atas apa juga kesalahan, kesilapan yang ayang lakukan terhadap abang dari mula kita diijab kabul sehinggalah ke akhir hayat ayang.
Keduanya, ayang berterima kasih atas curahan kasih, sayang dan cinta abang kepada ayang selama ini sehingga kita dianugerahkan empat cahaya mata. Ayang mohon Allah limpahkan kasih dan cinta Nya kepada abang sebagai balasan.
Ketiganya.. redhalah dengan apa juga keadaan yang menimpa kita. Dan redhakan juga ayang menitip atau menulis sesuatu untuk dua insan yang pernah singgah dalam hati ayang suatu ketika dulu.
Segalanya ayang serahkan kepada Allah dan Allah yang mengetahui sedalam mana cinta ayang pada abang.
Yang tulus,
Isterimu.

ajar hati untuk memaafkan
banyak yang perlu aku siapkan hari ini dan hari ini adalah hari terakhir untuk insan yang ku gelar ray bekerja di sini. aku mendoakan yang terbaik untuknya. yang dah berlalu biarlah. aku tidak mahu berdendam dengan sesiapapun. semuanya aku maafkan dan aku redha.
Tuesday, December 28, 2010
Ingat 5 sebelum 5 - Rabbani
Mari Kita Berpesan-Pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan
Zaman Ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian
Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian
Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaaaaa…aaaaa…
Semoga Hidup Aman Bahagia
Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu Dan Baca Al-Quran
Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah
Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan
Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaaaa…aaaa…
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada
Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang
Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri
Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat Dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali
Subscribe to:
Posts (Atom)