bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Wednesday, December 29, 2010

Khusus untuk Yang Dicintai

Assalamualaikum Bang... ayang tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti abang akan membaca blog ayang. Begitupun, ayang berfikiran positif bahawa abang akan jua membaca blog ini selepas ketiadaan ayang di alam fana.

Abang... pertama-tamanya ayang memohon maaf atas apa juga kesalahan, kesilapan yang ayang lakukan terhadap abang dari mula kita diijab kabul sehinggalah ke akhir hayat ayang.

Keduanya, ayang berterima kasih atas curahan kasih, sayang dan cinta abang kepada ayang selama ini sehingga kita dianugerahkan empat cahaya mata. Ayang mohon Allah limpahkan kasih dan cinta Nya kepada abang sebagai balasan.

Ketiganya.. redhalah dengan apa juga keadaan yang menimpa kita. Dan redhakan juga ayang menitip atau menulis sesuatu untuk dua insan yang pernah singgah dalam hati ayang suatu ketika dulu.

Segalanya ayang serahkan kepada Allah dan Allah yang mengetahui sedalam mana cinta ayang pada abang.

Yang tulus,
Isterimu.

No comments:

Post a Comment