bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Sunday, December 11, 2011

terlalu lama aku tinggalkan kamu

Assalamualaikum buat diriku dan buat yang sudi membaca blog ku ini.

Sudah beberapa minggu sebenarnya aku berhajat nak update blog ni. Tapi memanjang aje sibuk. Kalau tak sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan rumah. Kalau tak sibuk apa pun, sibuk membuang masa hahaha.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku tiada lagi di dunia ini.. apakah nasib blog ini agaknya ya? Semoga aku sempat mendelete dan memadamkannya terlebih dahulu. Aku tidak mahu meninggalkan apa-apa kesan atau jejak yang boleh membawa lagha kepada orang yang membaca tulisan aku ni. Susah aku nak menjawab dengan malaikat dalam kubur. Lainlah kalau blog ini sudah benar-benar aku mantapkan dengan pengisian ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain. Masa itu biarpun tubuh aku sudah hancur luluh dimakan ulat dalam tanah namun aku tetap mendapat saluran pahala hasil penulisan aku yang membawa kebaikan kepada orang lain. DAN itulah AZAM aku..... INGIN MENULIS SESUATU YANG BERMANFAAT. INSYA ALLAH.

Thursday, September 15, 2011

my favourite song

aku suka sangat kat lagu ni..  saja aku download supaya boleh bukak bila boring.

Sunday, August 14, 2011

Kisah Penang Part 3

Assalamualaikum,

Lama dah tak menulis kat sini... kesian kat diari keduaku ini....

Ok berbalik kepada cerita kat Penang. Rasanya dah tak ingat sangat laa sebab agak lama juga tak jenguk blog ni. So kita nak share apa yang mampu je la.

Malam tu tidur tak berapa lena.. so senang le bangun pagi. Kita le orang pertama dalam grup yang menapak ke restoran (ntah apa nama laa plak) dalam hotel tu. Selesa gak laa makan kat situ, janji isi perut. Then kumpul kat lobi tunggu member lain turun. Tunggu punya tunggu.. agak lama la. Kita perasan ada van USM kat luar tapi sebab Mr Saifudin kata nak jemput kami di dalam so kami tidak la keluar atau ke mana-mana. Mujurla saya keluar gak.. sebab intuisi kata itu van yang patut jemput kami. Memang sah van untuk kami. Pakcik Anuar (kalau tak silap la) sudah pucat lesi tunggu kami. Katanya dah lewat ni. Kami ni manalah tahu yang kami kena duk kat luar menunggu. Habis satu bab, akhirnya sampai le ke USM. Memang best laa Fakulti Komunikasi Massa.. kalaula kita tahu, kita apply dulu kat USM.

Selepas letak bag kat kerusi dalam dewan kecik (nak kata dewan kuliah tak le sangat, kocik je tompek nyor) kita terus kata sorang kakak kat situ (one of kerani fakulti) "minta air segelas boleh, haus beno rasanya" hehehe dengan muka tak tau malu laa. Kakak tu pun bagi le segelas air yang dia ambil dari dalam setor. Kita tibai je le, abis udah haus bebenor.

Bengkel pagi tu dimulakan dengan ucapan dari Datuk Chamil Wariya, lepas tu Dekan Fakulit Dr Azimudin then pengerusi bengkel Dr Nik. Lepas tu barula dijemput Mr Steven dari Kettha (kami duk satu hotel dengan dia rupanya), untuk beri syarahan.

Selesai syarahan, kami semua minum kejap. Then kami masuk ke bilik sebelah dewan (more like kelas laa) untuk pembahagian kumpulan. Dari situ kami kena buat kajian mengenai masalah yang dihadapi oleh wartawan dan saintis dalam usaha untuk membuat laporan/berita mengenai sains dan alam sekitar. Semua aktiviti ada had masa masing-masing. So lepas je kerja kumpulan, kami makan tengahari. Time tu kita cuba gak cari surau untuk solat zuhur. Tapi gagal. Ntah nak kena belok ke sana sini, akhirnya sesat. So tunggula sampai masuk bengkel kedua. Masa tu dapat balik duk ngan geng wartawan. Time ni la kita tanya geng lain mana depa pi surau. Then kak Shidah kata nanti dia ajak. So dalam hati kita niat la untuk qasar aje. Habis je gerak kerja kumpulan, kita pi toilet jap. Masa tu Kak Shidah ngan Ana (MMP) dah pi dulu surau. Aduh.. again sesat lagi. Kita dengan muka mencuka duk mengadu kat Saifudin. "Susah beno nak cari surau kat sini ya" Mendengarkan aduan kita tu, saifudin (dia ni bakal jadi pensyarah, tengah duk ambik Phd, fuh muda lagi bakal dapat title Dr) terus ajak kita ikut dia. Rupa-rupanya dia tunjuk jalan ringkas ke surau. Oho.. doket yo..hahaha bukan fakulti kita la katakan. Sampai aje kat surau,  kita nampak kak Shidah dan Ana tengah duk wuduk. Baru sampai rupanya mereka ke situ. Depa siap minta kita tunjukkan jalan short cut yang kita guna masa nak pi surau huhuhuhu.

Ok settle bab tu semua termasuk pembentangan dalam bengkel - which of course kita le yang kena bentangkan hahahahahah... nanti kita upload gambar from saifudin. hodoh beno rupe mike hahaha. Kita pun buat laa plan petang tu nak pi mano nak buek apo. Kak Shidah yang dari semalam bercerita nak makan durian Balik Pulau akhirnya didengor oleh Dr Nik. So Saifudin, Dr Nik, Dr Kim dan Dr Aziz (Dr Kim dan Dr Aziz peserta bengkel wakil USM) pakat-pakat nak bawa kami makan durian. Kami pergi nak van USM. Yang ikut, Dr Kim, Dr Aziz, Saifudin, kita, kak Shidah, Ana dan dua Dr dari USM Kelantan. Fuh rasa macam jadi orang pandai le plak bekawan semua dengan Dr Dr belaka hahaha. Rupa-rupanya Dr Aziz ada dusun sendiri kat area Relau. So kami singgah di dusun dia. Mula-mula kami dijamu dengan rambutan (Dr Aziz ada pekerja Indon yang tolong jagakan dusun dia, budak Indon yang baik hati ni tak henti-henti kopek durian untuk kami). Lepas tu barulah kami menikmati kelazatan seulas demi ulas durian fuuuhhhh sodappp. Yang kelakarnya setiap durian tu ada nama dan rasanya berbeza-beza. Ada durian kampung - rasa biasa je, durian LancauTan (nama memang mencarut sebab pemilik asal dusun ni Cina, dia suka kutuk satu mamat (bangsa cina la) yang suka makan satu jenis durian ni. So dia namakan spesies durian tu dengan kutukan kepada mamat tu) rasanya boleh laa, durian TuhanKasiPunya - rasanya masyaAllah sodappp, durian tembaga - yang ni tak yah cerita, memang kaw dan last sekali durian 12D - penutup yang menjadi igauan semua penggemar durian. Tak boleh nak cerita kesodapannya... fuhh sampai sekarang teringat-ingat. Balik tu Dr Aziz ikut sebab orang rumah dia ada (his wife and his son - baru balik sekolah gamaknya). Kami duk bincang-bincang berapa nak bayar kat Dr Aziz. Dia kata kalau nak bagi, bagi kat pekerja Indon yang penat lelah kopek satu demi satu durian untuk kami. Hihihi as usual mana le wartawan ada duit so tengah kami duk pakat sorang berapa hinggit tiba-tiba Dr Kim keluarkan not RM50. "Hah, campurlah dengan duit awak semua dengan duit saya ni." Dr Aziz pula tiba-tiba menyampuk "Ishh tak payah banyak-banyak, RM50 dah cukup" Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun tidak le menokok duit yang ada, terus guna duit Dr Kim dan serahkan pada Dr Aziz untuk diberi kepada pekerja Indon tu. Kita pun terus ucap berbanyak terima kasih kepada Dr Kim kerana belanja kita semua makan durian. Hahahaha pandai tak kita? hihihi
Sebelum balik, Dr Aziz sempat masukkan seguni rambutan dalam van. Katanya untuk dibawa ke jamuan BBQ. Uikksss? Ada BBQ ke? Huaaaa ini sudah bagus,  macam duk kat resort laa plak, siap ada jamuan BBQ.

Van sampai depan hotel dan ingatkan kami untuk turun semula dalam jam 8.  Masa duk tengah lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba Laupa Junus sms (laupa ni editor bahagian rencana Utusan, dah berapa kali menang anugerah Kajai) "...tak mabuk ke makan durian" Kita balas " ishhh mana ada.. gian nak lagi ada laa" Laupa balas "ishh anak sapa laa ni" Laupa tak join kami sebab badan dia tak sihat sangat. Hmmm dari semalam tak join kami jalan-jalan so to me the reason of being not so fit is just an excuse. Dia suka berehat dan melepak-lepak aje sebenarnya hehehe, bukan macam kami yang tak tau duk diam. Tepat jam 7 lebih lepas solat magrib, kita pun terus turun dan tunggu geng kat bawah. Kalau duk melepak takut tertidor melepas lak nak rasa BBQ USM. Sekali lagi van bawa kami ke Fakulti Komunikasi. Rupa-rupanya kat tepi bangunan fakulti (dekat tempat parking) ada kawasan berumput. Area situlah budak-budak Masscom USM ni suka buat BBQ. Malam tu meriah, ramai pensyarah datang termasuk Dr Azman Azuan (she's born in London so the father name came first) datang. Seronok gak dengar celoteh Dr Azman. Dia panggil student dia untuk buat mesyuarat dengan gelaran wahai bakal-bakal jenazah. Hmm tersenyum kita dibuatnya. Habis je makan-makan, Kak Shidah minta kebenaran from caterer nak pinjam pinggan. Rupa-rupanya si reporter RTM tak sihat, kena menstrual pain. So kak shidah yang baik hati ni nak bawakan makanan untuknya.

So tamatla aktiviti hari kedua di Penang. Malam tu balik ke hotel dengan badan bau ayam bakar hahaha. Malam tu adalah malam terakhir kita tido Penang, so kita pun duk laa kemas-kemas barang.

Tuesday, June 28, 2011

part kedua di penang hari pertama

Part 2 Hari Pertama di Penang.

Selepas van usm datang amik kami kat airport penang, kami terus dibawa ke Vistana Hotel. Tempat tu belakang kompleks bukit jambul - besar gak, ada mydin, kamdar dan macam-macam lagi. Tapi paling mengejutkan kat belakang hotel ni ada satu warung cendol orang melayu! You... i tak percaya you.. brother melayu buat cendol. Malangnya hahhaa kami le yang tak sempat nak merasa. Manakan tak.. sibuk nak beli jeruk kat chowrasta. So kami naik le bas kat depan kompleks bukit jambul sobab kalau nak teksi harga di antara rm20 hingga rm50. I cakap you.. orang Penang memang pandai sembelih orang luar hahahaha. Naik bas rapid 301 setakat RM2 aje.. dapat le kami tengok dengan lebih dekat area tempat kami tinggal dan perjalanan ke bandar. Malangnya belum sampai landmark - Bangunan Komtar, geng kami Ana from Millenium Magazine ajak turun katanya dah dekat dah. Rupa-rupanya salah info heheheheheh.. sempat le kita eksesais berjalan kaki. Best dan penat laa. Akhirnya selepas turun naik, selepas crossing sana sini... kami sampai jugak le ke chowrasta. Dapat la kami beli jeruk sepuas-puasnya kat kedai Melayu. Lepas ni kalau aku ke Penang, aku tahu kat mana nak tuju.

Sebelum kami menamatkan sesi membeli belah jeruk sempat laa kami tanya mamat hensem yang jual jeruk tu kat mana nak makan best. Sebabnya geng kami yang satu lagi - Kak Shidah Bernama berpuasa. Tabik spring kat dia... sangat tough. Puasa-puasa pun larat berjalan jauh.. fuhhhh. Mamat hensem tu cakap rugi kalau tak pi Restoran AlHameediyah. So kami ke sana le.. haha jalan kaki lagi la.

Sampai kat situ kita order teh tarik dan murtabak ayam, Ana dan Zura RTM order roti nan ngan ayam tandori, Kak Shidah pulak makan nasi lauk daging. Okla semuanya sedap gak.

Lepas tu kami naik bas hop in (versi Penang) yang free of charge untuk ke stesen bas di tengah bandar. Mulanya plan nak naik teksi tapi bila tengok macam susah aje nak dapat teksi kami pakat naik bas je la. So kami melepek (sebab nak penat sangat masing-masing melepek kat bangku yang ada di situ) la sambil tunggu bas datang. Hmm kami tunggu dalam setengah jam lebih gak laa. Dalam bas rapid 302, kami mintak tolong abang driver untuk turunkan kami depan hotel. Kaki makcik dah lenguh you...

Unfortunately, memang agaknya hari itu hari untuk kami bereksersais. Tiba-tiba aje ada konduktor tiket datang check tiket kami (kat KL mana ada konduktor untuk bas rapid hehehehe pelik gak laa). Pakcik konduktor yang wangi (memang wangi sebab dia berdiri depan saya) tu pulak tak turun-turun. So abang driver bas Rapid tak boleh nak turunkan kami depan Vistana tapi kat bus stop yang halal (bukan main taram je) kira-kira 200 meter ke depan. Kami menapak le lagi ke hotel. Fuhh leganya bila dah sampai.

Bila dah sampai bilik, kita tak tunggu terus tadah air panas dalam tub dan berendam. Tak sanggup biarkan otot kaki kejang. Tapi biasala bila dah selesa mata memang susah nak tido especially bila tak de hubi ngan my four darling. Lucky esok balik KL.... I MISS HOME!

Esoknya lebih best hahahaha so part 3 in Penang tunggu yaa..

Monday, June 27, 2011

Sehari di Penang

Dah lama tak naik flight.. alhamdulillah merasa gak hari ni saya naik kapai terobang.. Air Asia. Rupa-rupanya senang bangat nak check in. LCCT tu tidak le beso sangat rupanya. Biarpun agak lambat gak la saya sampai kat terminal sebab tak tahu nak bajet masa tapi alhamdulillah berkat doa suami tercintaku semuanya Allah permudahkan. Seronok gak naik Air Asia biarpun tak de air jus percuma hahahaha semua kena bayor uu.. tak lalu i.. mahai beno.. bako kang baru tauu..

Dari terminal kapai terobang tu.. ada budak2 USM ambik. Iyolah miko yang mengambik nyo sobab miko gak yang mengatur bengkel nyo hehehehe.. Saya ke Penang ni bukan makan angin tapi kono buat kojo. Ada Bengkel Interaksi Saintis - Wartawan: Kewartawanan Sains & Alam Sekitar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dari 28 hingga 29 Jun.

Macam terer sangat saya ni dalam bab bab Sains dan Alam Sekitar.. hahha Alhamdulillah terpilih untuk ke bengkel ni.. dapat gak release tensen. Cuma rindu laa malam-malam macam ni tak ada suara suami dan anak-anak. Sabar je laa ye.. udah namanya berbengkel.. terpakse lee sabar heheheh.

Nanti kita cerita part dua hari pertama kita kat sini.. now nak tidor dulu tadi udah penat mengukur jalan hahaha... gud nitesss all.

Thursday, June 23, 2011

Perihal laki bini

Sekarang ni sibuk orang bercakap mengenai kelab taat suami. Kata pengerusi kelab tu, orang perempuan kena hebat kat gelanggang untuk takluk hati suami seperti pelacur kelas satu. Perghhh... pernah ke cik puan pengerusi tu tengok pelacur beraksi macam mana?

Ada seorang isteri mengadu, asyik-asyik heboh pasal nak puaskan nafsu suami.. asyik-asyik pasal macam mana nak gembira dan bahagiakan hati suami, hati isteri macam mana? Ada siapa-siapa fikirkan? Ada siapa-siapa perjuangkan nasib ramai isteri yang setiap malam dibiar keseorangan macam nasi sejuk sebab laki sebok melayan mata pancing, bersadai kat gerai mamak atau berborak sakan dengan teman-teman sampai tak ingat dunia? Ada tak tempat untuk isteri pertengahan umur mengadu mengenai nafkah batin yang semakin jarang-jarang dia dapat gara-gara berkongsi katil dengan madu yang muda belia?

Sebagai seorang isteri, saya dapat merasakan apa yang si pengadu tu rasakan. Hidup berumah tangga ni banyak cabaran. Macam-macam dugaan baik dari segi fizikal, spiritual, material, komunikasi dan macam-macam lagi. Ada yang beruntung dapat suami serba serbi hebat, ada pulak yang terpaksa reda bila suami kurang sikit tinggi atau tak cukup `panjang' :-). Ada yang dapat suami garang, tak kurang gak dapat suami baik budi. Ada yang dapat suami kaya tapi ramai bersuamikan orang sederhana atau cukup-cukup makan. Kalau berjaya melepasi dugaan, perkahwinan itu akan sampai ke liang lahad.

Banyak jugak perkahwinan yang sekerat jalan lepas tu sambung balik sekerat lagi dengan orang lain. Ada yang sekerat lepas tu serik dan menjadi tunggal sampai akhir hayat. Saya sendiri belum boleh jamin status sebagai isteri ini akan saya pegang sampai mati. Saya tak berani nak berasa begitu confident. Sebab hati orang lelaki ni, biarpun siang malam kita belek dan kita tatang, tak kan boleh kita duga perubahannya. Ikut pengalaman sendiri, sampai  hari ini saya masih belum tahu apa makanan kesukaan suami. hahaha.. itulah hakikatnya. Sebab suami saya akan makan apa juga yang mak mentua saya masak tetapi tidak akan makan apa juga yang saya masak biarpun saya copy bulat-bulat masakan mentua.

Suami saya cukup suka makan daging masak kicap kat Kedai Bulat tepi Highway Awan Besar tetapi tak pernah sentuh daging masak kicap yang saya buat. Berbeza dengan anak-anak yang sanggup jilat pinggan dan sudu kalau dapat makan daging masak kicap saya. Bohonglah kalau saya tak kecil hati. Tapi saya tak biarkan perasaan itu berpanjangan. Untuk memuaskan hati, saya sindir-sindir suami. Suami apalagi merajuklah dia. Masa tulah saya pujuk dia. Merayu damba, berguling-guling tepi kaki, minta ampun minta maaf, bertaubat dan macam-macam lagi. Hasilnya..... suami ambil sebiji pinggan tuang nasi sendiri, goreng telur sendiri dan ambil kuah kicap daging tuang atas nasi. Biarpun sedikit yang dia jamah tapi saya anggap saya dah berjaya hahaha.

Penting sangatkah untuk berjaya atau menjadi pemenang kepada satu-satu situasi dalam perkahwinan? Yup!!!! Sangat penting.. memang teramat-amat penting. Kenapa? Tunggu.. nanti saya kongsi sebab itu...

Wednesday, June 22, 2011

ntah apo-apo laa

Hari ini den dapek ilham macam mano den nak tulis buku tobal - novel laa.. den kono setiap hari bukak blog dulu. den kono meluahkan segalo isi hati sanubari dalam blog dulu lopas tu barulah den buek kojo. Dari situlaa baru den boleh mantapkan persombahan buku tobal den... Alhamdulillah... hari ni den dapek ilham nak buek gitu. Den sobonarnyo nak meluahkan perasaan sikit. aduhahi... susah bonar nak cakap nogori kalau bukan lidah asal sano hahahaha..

Hari ni aku bersyukur... ada orang mengingatkan aku supaya bersyukur. Aku bersyukur kerana biarpun suami aku tu sensitif bangat.. tapi suami aku ni sangat baik. Minta tolong apa pun dia sure buat. Kalau nak tukar ngan sapa-sapa pun aku tak mau. Aku bersyukur sangat sebab jodoh aku dengan dia. Biarlah dia stakat bagi aku duit dapur rm50 je untuk sebulan tapi itu lebih dari mencukupi. Sebab kasih sayang melimpah ruah dia tu dah memadai untuk aku. Sebenarnya aku plan nak share suami aku ni ngan kawan baik aku. Aku dah lama plan tapi macam biasalaaa... suami aku malas nak memikio hal lain. Sejak dia dah berubah ni, dia nak banyakkan amalan. Kalau banyak bini, dia susah nak beribadat.. Itu katanya.

Tapi kalau ditakdirkan ada awek cun melecun terkenan kat suami aku dan suami aku plak terjatuh cinta kali keempat (kali kedua dan ketiga dulu kantoii, masa tu kedudukan ekonomi kami berdua tengah sangat-sangat krisis) ... hmmm aku akan cakap, "ok ayang izinkan abang kawin ngan gadis bergetah yang cun melecun tu as long abang bahagia." Aku pun lebih-lebih bahagia sebab akan dapat exxtrrraaa hoursss untuk pelbagai aktiviti yang aku suka buat tapi tak dapat buat sebab laki ada kat rumah hahahahaha....

Sure akan rasa sedih gak laa sebab kena share husband. Uwaaa surelah sad maa. Tapi kesedihan itu takkan berpanjangan. Aku ada banyak sebab untuk bergembira daripada membiarkan diri dilanda nestapa. Kalau laki aku kawin ngan my best pren, aku tak sad langsung tapi extraterial happy. Cuma kalau kawin ngan aweks bergetah berdahi licin cun melecun aje yang aku akan sad sikit. Hehehhe reason? Sad sebab tak boleh lagi nak mintak rushing breakfast (make love early morning lepas budak-budak semua pi school dan aku masuk ofis lambat) or rushing tea time (make love sebelum asar, time budak-budak semua tengah seronok tengok tv kat living room). And for sure dalam hati laki aku akan buat comparison antara aku n newly wedded wife dia. Sad sikit laa sebab pandangan suami aku akan lari sikit aligmen time we make love. Hahaha sure dia tutup mata bila dengan aku, bukan terbontang macam sekarang hahahahahaha.. imagine that! hahahahahaaha 

Funny laa life ni and how our body change after those years... Im so happy with what Allah gives me. So happy, so blessed and so grateful that Im not worried with addition lemak all over my body. You need lemak to stay warm hahahah. Alhamdulillah the magic word yang i love to repeat. Alhamdulillah for everything ya Allah. Doaku, semoga rumahtangga kami bahagia, sentosa dan kekal hingga akhirat. Amminnnnn ya rabbal alamin.

Kisah Burung Unta

Assalamualaikum buek den dan sesapo yo yang membaco kisah den kali ni. Alkisah semalam, anak den berkobar-kobar nak poie rombongan (bukan rombongan meminang yo) sekolah. Den tanyo, ekau nak poie mano? Anak den jawab kami nak tengok ostrich. Den kato Oooo nak tengok burung unta ... wah seronok tu. Kalau Danish berani, Danish cakap kat orang jaga burung unta tu, Danish nak naik, nak tunggang burung ni. Isshhhh ini pengalaman sekali seumo hidup. Mama dah tua-tua macam ni pun tak pernah tunggang burung unta. Anak den diam yo, mengangguk tidak, menggeleng tidak... dalam hati den.. Alhamdulillah, syukur ya Allah, baik bonar anak den ni.. dongar semuo cakap mak yo.. Esoknya bersamaan hari ini.. anak kesayangan den tu bertanyo baik-baik kek den dongan muka yang sungguh suci lagi innocent.. Mama... burung unta itu ... macam unta ada kepak ye mama?  Den pandang muko anak den.. den nak golak pun ado tapi den tahan. Den cakap bebaik yo ngan anak den, Ishhh burung unta tu bukan unta ada kepak tapi sebutan dalam bahasa Melayu untuk ostrich. Ostrich tu ayat bahasa Inggeris, orang melayu panggil burung unta.  Anak den menyampuk, Ooooo, danish ingat unta ada kepak... Den tak dapek bayangkan macam mano agaknyo anak den semalaman memikior perihal unta berkepak. Semoga semuo yang cekgu sekolah anak den plan untuk rombongan hari ni berjalan lancar. Semoga semuo selamat laa hondak nyo. aminnn...

Tuesday, June 21, 2011

Percubaan pertama untuk merubah gaya persembahan blogku

nampak mudah tapi susah

Bukan mudah rupanya menjadi blogger. Macam-macam you kena test n try to make it better. the most important is to write on it. Aku bingung jap.. bukan kejap malah berbulan-bulan. Nak tambah satu blog pun aku dah ternganga. Hahaha so lepas ni aku kena belajar lagi. Mungkin aku boleh minta tolong somebody... yepp..

Friday, June 10, 2011

rumah nombor duo den

potang ni ado segorombolan cik kiah (actually semi gov dept) nak datang jonguk opis den. nasib baik tak jonguk rumah.. kalau depa jenguk rumah den.. sure depa akan datang sekali lagi tapi kali keduo tu depa bawak krew bersamamu hahahahah haru haru. so hari ni adalah the best day untuk mengechek opis especially sarang tompek den menetaskan idea. haaa.. udah laa bersih sebersih bersihnya siap wangi lagi.. bukan mejo atau kosi den yang wangi tapi den ni haa yang tepek minyak wangi banyak-banyak kat ketiak hahaha.

sarang den aka bilik den aka satu ruang kocik dalam opis yang ditotop ngan dinding siap berpintu sebagai bilik den sememang nyo udah jadik rumah nombor duo den. siap kadang-kadang den angkut anak-anak den sekali duk dalam bilik kocik ni. anak den sumo gabak-gabak belako.. macam semalam, terpakso den mengalah duk kek luor sobab tak muek nak beramai-ramai duk dalam bilik. udah le bising memanjang, den sobat sekor-sekor dongan ruler pun tak jalan iyolah badan sekor-sekor bukan main tobal lomaknyor, bau somacam pun ado. Si sulung tu .. hisshhh mandi ntah macam mano gayo agaknyo serupo tak mandi sebulan. poning palo mak ai.. tak payah dikobarkan lagi.

den tak berapo gomar ngan bilik den ni sobab bukan cita raso den. den lebih suko kek luar nun.. ramai-ramai, meriah. den kek dalam ni macam ikan dalam belango atau burung dalam sangkar.. ontah apo anak buah den riuh rondah kan den tongango laa sorang-sorang.

diari gelap ku

haaa.. kalau dalam cerita ni lelaki yang buat hal.. cuba bayangkan kalau gegirl pulak yang sebenarnya buat hal..ha ha..jeng jeng jeng..

Wednesday, June 8, 2011

lain disuruh lain dibuat

hari ni aku balik lambat. suami suruh aku siapkan kerja. tapi kalau dari pagi sampai ke malam menghadap pc.. manalaa larat nak buat kerja hahaha.. so hari ni aku melepak melayan perasaan dan menulis sedikit konon-konon untuk novel. doa ku semoga usaha sedikit lama-lama membuahkan hasil aminnn.. semoga diizinkan Allah..

kepada abang aka suami tercinta.. maafkan dinda ya.. kerana tidak mematuhi janji. dinda tak siapkan kerja tapi buat kerja lain hehehe jangan marah da...

Inflasi!!!!!!

Negara kita sedang mengalami inflasi dan kita bakal berdepan dengan tempoh inflasi yang sangat hebat. Dan bersedialah kita semua dengan kenyataan bahawa tempat kita mencari sesuap nasi ini sedang menanggung kerugian yang hebat dan kita bakal berhadapan dengan tahun-tahun yang sangat menggugat. ..... wah ... serius you!!!! i takut inflasi...

Ok.. jangan gerunkan hati. Relaks dan bertenang. Apa-apapun update resume, manalah tahu kalau suddenly kena quit..nauzubillah..

gitulah gawatnya hidup zaman Najib. Tak sesenang zaman Tun... zaman Badawi lagi teruk tapi belum timbul tanda inflasi yang dahsyat.. now.. yang kaya makin kaya sebab percaturan ekonomi Najib tak sebalance Tun. yang miskin menjadi lagi tegar.. kasihan kan....

semoga Allah lindungi Malaysia tempat tumpah darahku...aminnn

Tuesday, June 7, 2011

Mak

Setiap kali aku on pc.. wajah mak la yang pertama aku nampak. Aku sengaja jadikan gambar mak sedang tersenyum yang adik lelaki aku bernama Salleh, rakam secara candid sebagai wallpaper pc. Masa tu dedy masuk hospital kali kedua dan masa tu Diba masih ada lagi. Bagaimana agaknya rupa mak ya..kalau dedy tak sakit dan kalau Diba tak pergi? Mesti lebih ceria dan bercahaya.

Tempohari masa balik kampung, aku tengok mak semakin kurus. Kesian mak.. aku kecewa sebab sebagai anak sulung, aku tidak dapat membantu langsung. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Kalaulah aku tahu bahawa ayah aku akan jatuh sakit seteruk ini dan anak harapannya iaitu adik kesayangan aku - Diba akan melarikan diri.. aku rela membujang. Aku nak berbakti kepada mak dan dedy sampai mereka menutup mata. Aku cemburu melihat rakan sekerja yang masih bujang tetapi dapat berbakti kepada ibu bapa mereka sampai kedua-dua ibu bapa menutup mata. Bagi aku.. biarlah aku digelar andartu.. asalkan aku dapat memberi khidmat 100 peratus kepada mak dan dedy.


Tapi.. mak aku ni bagi ke kalau aku jadi andartu?  Sure huru-hara... mak bukan boleh anak dia bujang trang tang tang. Tak kira lelaki atau perempuan, mak suka jadi spy cari mana-mana anak dara atau teruna untuk cepat-cepat dijodohkan dengan anaknya. Aku sedih sangat bila mak paksa aku kahwin dulu. Aku terasa macam mak tak sayang aku. Tapi sekarang, aku bersyukur sebab aku berkahwin dalam usia yang sepatutnya. Biarpun bahagia (alhamdulillah) dengan suami tercinta tetapi dalam hati aku gundah gulana memikirkan hal mak dan dedi terbuntang berdua di kampung. Rasa macam nak berhenti kerja dan bawa anak-anak semua balik kampung. Suami aku kata, "Kerja gila tu... kita banyak hutang, takkan nak susahkan mak dan dedy" Betul cakap suami, macam mana aku nak biaya hidup kat kampung kalau aku tak kerja? Kerja aku pulak bukan jenis boleh ditukar ikut suka hati. Nak harap gaji suami, tak lah sebesar mana, cukup untuk bayar bil, hutang rumah dan duit dapur. Macam mana pulak kalau ada hal kecemasan? Nak guna duit semua tu. Jadi terpaksalah aku pendamkan hasrat nak berhenti kerja sehinggalah kedudukan ekonomi aku dan suami stabil. Aduhai... kesian mak...

Mak... bukannya ada galang ganti. Ayahku tidak berkahwin lebih. Mak itulah satu-satunya mak yang aku ada. Mak... sama seperti aku.. anak sulung dari sembilan adik beradik. Sikap mak yang degil tu sama seperti aku. Cuma muka aku tak mirip mak. Muka aku lebih mirip mentua dia - Nyai aku. Mak suka bercakap aka membebel hahaha samalah macam aku. Kalau dah mula bukak mulut.. susah nak tutup. Mak suka kesempurnaan, sama macam aku yang mementingkan perfectionist. Kalau buat sesuatu kerja, biar sampai habis. Satu perkara yang aku sampai bila-bila takkan dapat beat mak.. masakannya. Macam mana aku tiru sekali pun.. air tangan mak lagi power. Masa balik kampung tuhari.. aku masak ayam kicap. Adik bongsu aku Luqman kata, "Wah sedap long.. tamam (dalam bahasa arab bermaksud sempurna)" Anak-anak aku kata, "Mama..terbaikkk" Tapi suami aku kata.."Kureng laa" Cuba kalau mak yang masak. Semua orang angkat ibu jari..thumbs up!

Aku rindu nak dengar suara mak. Memanglah aku boleh call mak hari-hari dan dengar suara mak pot pet pot pet dalam phone. Tapi itu tak sama dengan mendengar suara mak sambil merenung wajahnya. Siapa boleh bagi tahu aku apa warna mata mak korang? Haa... warna mata mak macam warna mata aku.. coklat. Kami ni ada darah Belanda you!!!

Mak tak suka susahkan anak-anak dia. Kalau sesuatu benda dia boleh buat. Berat atau teruk macam mana, dia akan buat sendiri - sikap tu macam akula...huhuhuhu. Tapi aku tak sanggup lihat mak buat semua sendiri-sendiri. Aku nak tolong mak.... sebab tu kalau aku balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu mak buat terlalu banyak kerja rumah. Biasalah aku dengan mak, berebut-rebut nak masak, berebut-rebut nak basuh pinggan, berebut-rebut nak sidai kain, berebut-rebut nak garuk daun kering. Tapi satu perkara yang aku tak berebut dengan mak - tengok tv. Hahaha memang mak ada rancangan tv yang dia suka tengok. Mak suka tengok cinetron Indon, aku suka tengok drama Korea. So.. aku memang tak kacau tv kalau balik kampung. Sebab aku ada stok cd Korea kat rumah untuk aku tengok bila aku ada masa lapang.

Mak... long rindukan mak. Long doakan mak dan dedy sihat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki. Long doakan juga semoga mak bersabar dan tabah menjaga dedy. Aminnnn

Friday, June 3, 2011

Jumaat

Hari penuh kemuliaan dan keberkatan. Kalau boleh hari-hari aku nak hari itu adalah Jumaat. Sepatutnya Jumaat dijadikan hari bercuti supaya lelaki dan perempuan boleh berlumba-lumba beribadah. Seronok bila tengok anak-anak mencari-cari baju Melayu, bersiap-siap awal sebab suamiku memang suka ke masjid awal. Suka dan senang hati melihat suami terburu-buru menyiapkan kerja semata-mata hendak cepat bersiap dan ke masjid. Semua itu menenangkan hati. Bekerja hari ini pun seronok jugak. Boleh lepak dan santai kerana anak buah semua ke masjid hahahaha aku curi tulang laa tu.

Thursday, May 26, 2011

idea!

satu-satunya anugerah tuhan yang tidak ternilai dan tidak dapat dibayar dengan apa-apa juga pampasan - IDEA.

dan akulah insan yang paling bertuah andainya tiba-tiba idea mencurah-curah datang tanpa perlu aku koyakkan kulit kepala lalu mengeluarkan otak merah untuk diperah sekuat-kuat hati.

begitu teruk kah hendak dapat ilham ni? yaaa memang teruk, tersangat teruk.

kenapa orang lain boleh menulis tanpa henti dan tidak pernah berdepan masalah kekeringan idea?

ntah lah aku tak ada jawapan untuk itu. aku pasrah tetapi tidak berputus asa. aku akan teruskan juga perjuangan ini sehingga ke titisan darah terakhir!

satu langkah

mulakan dengan satu muka satu hari. yess itu matlamat aku. aku perlu menulis. aku akan menulis dalam doc dulu. cayok!!!!

maju bukan undur

semalam aku el... penatnya ya Rabb mengurus rumah. petang tu adik tercinta datang. panjang lebarlah ceritanya mengenai kos ubah suai dan memasang langsir. bagi ku pengkisahannya sangat mengasyikkan sehingga aku tak sabar hendak melihat keindahan rumah barunya. aku... bersyukur dengan apa yang ada. ada orang lebih susah dan lebih dahsyat kondisi rumahnya berbanding aku.

aku terbaca travel blog john norafizan. aku suka sangat dengan teaser novel chocolate. aku sudah membeli sebuah karyanya dan aku plan nak beli lagi. best gak membaca karyanya... sangat tulus dan mendamaikan. aku teringin membeli lagi karya kak norhayati berahim.. sekadar teringin bukan kemahuan. insyaAllah akan aku beli beberapa naskhah novel mungkin dalam pesta buku tahun depan. tahun ini kena kiv semua kehendak demi saving dan beberapa urusan lain. yaa... perlu merancang demi kelangsungan kehidupan.

apa pun aku mesti berfikiran positif. biar apapun halangan, aku perlu maju bukan mengundur!

Tuesday, May 24, 2011

Syukran

Alhamdulillah... hari ini aku temui cara mengelakkan conflict ip kalau berada di pejabat. Syaratnya... kena on laptop awal-awal hahahaha.

Alhamdulillah.. berlangsung sudah dua perkara penting dalam dunia pekerjaanku iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan majlis Anugerah Kreatif Anjung Seri. Huahahah... apakah peranan aku untuk majlis itu? Hmm biarlah rahsia. Yang PENTING..semuanya selamat. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana mengizinkan semuanya berjalan secara aman. NOW... aku sekali lagi perlu memanjatkan doa kepada Allah semoga perjalanan satu lagi perkara penting dalam perencanaan syarikat tempat aku  bekerja, iaitu Fiesta BPSB lancar dan selamat. Sedihnya.. sambutan peserta kepada Fiesta ini sangat mendukacitakan. BUT never blame anyone.. yup. Kita perlu pandang hadapan bukan menuding jari ke kiri kanan. Apa yang ada itu yang kita usahakan. Dan aku akan berusaha membantu seberapa mampu... apakah peranan aku? Biarlah rahsia.

Suami bertanya.. bilakah agaknya aku akan menghasilkan senaskhah novel? Aku terdiam. Hendak mengiya tapi bilakah agaknya hendak menidak.. apakah akan berkubur cita-citaku? Dalam diam itu aku bersyukur kerana Allah mengizinkan aku untuk terus berkarya. Bukan karya unggul tetapi karya yang memberi rezeki untuk aku dan keluarga - menulis rencana. Alhamdulillah... terima kasih ya Allah... Apa lagi yang hendak aku minta ya Allah... minat menulisku sejak kecil mekar dalam jiwa tidak Kau beri noktah. Sebaliknya Kau mengizinkan aku untuk terus menulis dan mencari rezeki dalam bidang ini. Maha Suci dan Berkuasanya Kau ya Allah.... aku teramat-amat kerdil, hina dan lemah di sisi Mu. Tanpa keizinan Mu ya Allah.. aku mungkin sedang menderita bekerja dalam bidang yang tidak aku suka tetapi Kau menyelamatkan jiwa dan rohku ya Allah. Kau mengerti hanya menulis sahaja yang mententeramkan jiwa dan ragaku. Hanya pekerjaan ini sahajalah yang menjadi minat dan kesukaanku sejak aku mengenal hidup.

Ya Allah... terima kasih atas segala-galanya.... aku berjanji akan terus sujud dan taat dalam perintahmu ya Rabbi.

Thursday, April 28, 2011

kisah hari khamis

semalam aku cuti. habis aku redah semua bank termasuk bangunan pnb untuk menguruskan pelbagai macam hal.

dan hari itu barulah aku tahu yang aku ini sebenarnya sudah diisytiharkan black list. fuyohhh... tak sangka kan?

aku yang tak ada kad kredit dan tak ada personal loan rupa-rupanya black list kerana menjadi penjamin kak linda dan baby. huh..... dunia dunia.. siapa tahu apa akan berlaku keesokkan hari nya.

Wednesday, April 27, 2011

Yang masih bersedih itu adalah aku...

Sehingga hari ini air mataku masih mengalir...umpama molekul darah yang bertali arus dalam kapilari menuju ke nadi dan tersebar ke seluruh tubuh. Namun tidak setitis pun ku biar ia tertumpah, semuanya ku telan dalam hati. Dan setiap sendu yang mengiringi air mata aku kurung dalam jiwa. Lalu melimpahlah air mata dan sendu memenuhi rongga hati dan jiwa. Biar aku pendam semua lara dan duka ini. Tidak perlu aku hebah kepada seisi dunia.

Andai aku luah kesedihan ini...aku akan menjadi seorang yang kering lagi kontang. Dan kekontangan itu tidak aku ingini kerana aku masih ingin menyisa cinta dan kasih buat seseorang. Biar seisi dunia menghukum dirinya tetapi aku tidak mampu berbuat begitu. Aku tidak mampu menjadi seorang yang kering hati lalu membiarkan diri seseorang yang lain itu tidak diingati lagi.

Biarkan aku terus membanjiri rongga hati dan jiwa dengan air mata. Kerana itu sahajalah yang terdaya aku lakukan di saat aku tidak mampu berbuat apa-apa. Biarkan aku terus lemas dalam kesedihan ini kerana kelemasan itu membuatkan aku akan terus tergapai-gapai mencari tebing. Dan cara itu tidak memungkin aku untuk melupakan seseorang itu.

Nyata... cinta itu memerlukan pengorbanan dan ketika pengorbanan tidak diperlukan lagi, akulah insan yang terkorban. Tiadalah erti kasih, sayang dan cinta tanpa pengorbanan tetapi aku masih perlukan semua itu lalu biarlah aku menjadi korban.

Yang masih bersedih lagi itu adalah aku. Dan biarlah aku terkapai-kapai dalam kesedihan yang umpama lautan tidak bertepi ini.

Saturday, April 23, 2011

luka yang melukai

peristiwa kepergian diba yang banyak melukakan hati mengajar aku sesuatu ilmu yang sangat berharga. Jangan terlalu menyanjung anak. Benar... aku tidak mahu dilukai seperti yang berlaku kepada bonda tersayang. Aku rela dilukai oleh seorang yang bernama ibu daripada aku melukai hatinya. Melukai hati seorang ibu seumpama membongkar isi neraka. Melukai hati seorang ibu seumpama meludahi Tuhan. Melukai hati seorang ibu seumpama menebarkan radiasi Fukushima sehingga ke Tanah Jawa. Melukai hati seorang ibu seumpama menghumbankan diri ke dalam gaung yang penuh buluh tajam. Melukai hati seorang ibu seumpama membunuh seorang bayi suci yang baru lahir.

Begitulah dahsyatnya melukai hati seorang ibu. Tegakah kau melukai seorang yang terluka selepas melahirkan kamu? Tegakah kau melukai seorang yang meletakkan nyawanya sebagai ganti andai apa-apa yang berlaku kepadamu?

warkah buat seorang adik

tanggal lima haribulan april tahun sembilan belas lapan puluh lima, hadir seorang insan ke dunia ini yang menambahkan lagi bilangan adik kepada adik-adik yang sedia ada. Dan keseronokan dianugerahkan seorang lagi adik perempuan itu, membuatkan aku tidak tenang sepanjang masaku di sekolah, perasaan aku bercampur baur. gembira, teruja dan tidak sabar-sabar hendak balik. waktu itu aku berada di tingkatan dua. bersekolah sesi petang. cikgu adibah yang mengajar sivik asyik merenungku sambil tersenyum. masakan tidak, aku sekejap sekejap tersenyum. sekejap sekejap tersengih. lalu cikgu adibah bertanya, "onlia.. apa yang kamu fikirkan sampai kamu asyik tersengih dan terseyum aje?" aku dengan bangganya menjawab. "hari ni saya dapat seorang lagi adik!" cikgu adibah membalas jawapanku dengan senyuman paling manis yang aku ingat sehingga hari ini. dan sepulangnya aku dari sekolah... aku terus mendapatkan ibu. aku katakan kepada ibu, namakanlah adik ini dengan nama adibah sempena nama cikgu sekolah aku yang sangat baik hati. mendengarkan nama itu, ibu tersenyum lalu berkata memang sedap nama tu kak long. nanti ibu bagitahu ayah ya.

dan nama indah itu yang bermakna cerdik menjadi nama rasmimu adik ku. cuma ibu menambah perkataan nur di hadapan supaya ertinya lebih indah - cahaya kecerdikan. kerna kehadiranmu dalam keluarga besar ini seumpama cahaya yang menerangi dan menemani ibu. dan kau jugalah yang diharapkan menjadi peneman ibu kala usianya merangkak senja.


dan apabila kakak tua kamu ini menjadi orang paling terakhir mendapat tahu perihal pemergianmu dari kehidupan kami.. alangkah hancur dan berderainya hati ini.

duhai adik belahan hati... sanggup kau tinggalkan seorang ibu yang sudah terlalu tua untuk menanggung kesedihan akibat tindakan kamu itu.  sanggup kau tinggalkan kasih anak-anak saudara yang terlalu rindu dan ingat akan ibu saudara mereka. dan paling menyedihkan sanggup kau buang kami - darah daging mu demi kasih seorang lelaki yang kini kau nobatkan sebagai suami.

benarlah kata orang-orang lama, buang emak buang saudara kerana kasih aku turutkan...

maka.. apa lagi yang tinggal buat kami duhai adik ku.... semua nolstagia.. semua kata-kata indahmu... semua kenangan... semua kelukaan, semua kesedihan dan paling mengharukan ialah kau tinggalkan seorang lelaki tua bernama ayah yang separuh badannya sudah tidak berdaya... dan seorang perempuan tua yang bernama ibu yang kini kecelaruan hati dan minda?

Tuesday, April 12, 2011

suami....

abang, saya memang sangat sangat sangat marah kerana sikap abang yang suka membuang itu ini tanpa memberitahu saya. bagi abang itu sampah tetapi bagi saya itu harta. bagi abang itu menyampah tetapi bagi saya itu saya suka. saya tahu dan faham bahawa sampai bila-bila pun kita akan menjadi dua insan yang berbeza kerana perbezaan itu sememangnya sudah disuratkan dan dijadikan tuhan. tetapi sedikit pengertian sudah memadai agar tiada hati atau perasaan terluka. terutama hati dan perasaan saya. atau? adakah hati dan perasaan saya ini tidak lagi bermakna?

satu persatu

tidak lama lagi umurku akan menjangkau 40 tahun. namun apa yang sudah aku capai dalam hidup ini? aku perlu menyingkap dan menilai satu persatu berkenaan diriku. aku perlu menjangka bahawa ajal dan kematian itu akan datang bila-bila masa... dan apabila tiba masa itu adakah aku sudah bersedia.. dan bilakah waktunya untuk aku bersiap sedia... atau adakah aku akan bersedia?

Pemergian Cik Sham pada malam jumaat dan dikebumikan pada pagi jumaat tanggal 8 april adalah satu kesedihan yang masih bermain-main di tangkai hati aku. Dia yang sepatutnya menjadi ibu mertuaku. sangat ironi kan? sebab dia sendiri tidak pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan aku sebagai menantunya.. tup tup datang bersama gerombolan meminang pada waktu aku sedang memperkenalkan idrus, buah hati ku kepada deddy. itulah kenangan paling tidak dapat aku lupakan. momen yang sangat mengelirukan. 


semalam aku mendapat perkhabaran yang sangat menduga akal dan mencabar keimanan. benarkah seseorang itu sanggup mengeluarkan kata-kata hina lagi keji kepada adik iparnya sendiri.. sedangkan adik iparnya itu adalah seorang lelaki yang budiman, soleh, sabar dan sangat taat? mengapakah seorang anak yang selama ini cukup sopan, cukup baik, cukup mulia pekerti, cukup kaya, sanggup menghina seorang ibu semata-mata kerana si ibu itu tidak cukup duit?  di manakah nilai persaudaraan sesama adik beradik waima sama-sama berbangsa islam? mengapakah begitu biadapnya mereka dalam silaturahim sedangkan lingkungan hidup mereka penuh dengan usrah dan tazkirah?

tidak lama mendengar perkhabaran duka itu, aku menghubungi bonda tercinta. secara berlapik aku memberitahu ibu bahawa aku menyedari akan kelukaan hatinya. aku membawakan cerita-cerita gembira agar ibuku di talian hujung sana ketawa. alhamdulillah.. suara ibu ceria. sedang aku bergurau dengan ibu, tiba-tiba deddy meminta untuk bercakap dengan aku. "long.. kenapa tak balik? deddy rindukan long.. deddy rindu kat cucu deddy.. long balikla tengok deddy" aku tergumam...terdiam..terkesima... cepat-cepat aku membalas dengan gurauan senda... " long jeles tengok deddy.. boleh tengok tv puas-puas, boleh baring sepanjang hari.. long tak dapat nak buat cam tu... nak tengok tv kejap pun tak dapat ..." ayah tercintaku tertawa sedikit. tersentuh hati aku... ingin rasanya aku terbang.. memujuk hati tua ayah dan ibu. tapi apakan daya? pekerjaan yang sekarang menjadi kebencian aku mengikat dan membelenggu tubuhku.






dan pagi ini aku menjalani kehidupanku dengan sejuta perasaan sedih. satu persatu tindakan ku berlandaskan rasa sedih. sedih kerana idrus tidak mahu berkomunikasi dengan ku lalu membuang segala penat jerih aku ke dalam longkang. ya.. dia memujuk aku untuk menggantikan baru tetapi mana sama dengan sesuatu yang penat lelah aku usahakan?

berdoalah diri supaya aku punya masa untuk menilai dan menimbal satu persatu peristiwa yang berlaku.

Monday, March 14, 2011

kerja

aku ni suka sangat menulis pendek-pendek. sepatutnya blog ini aku tulis panjang lebar macam buat cerpen. tapi apakan daya.. kerja ni banyak benar kengkangannya... bila laa kerja aku ni nak berkesudahan..hmmm

deddy

hari ini genap sebulan deddy sakit. masa deddy sakit dulu pun tarikh 14 feb.. hari ini 14 mac - dua-dua hari isnin. sedih dan sayu hati bila ingatkan keadaan deddy yang terlantar atas katil. deddy yang sangat motivate untuk kelangsungan hidup tiba-tiba layu. semoga deddy tabah dengan dugaan Allah.

Tuesday, February 8, 2011

omelan aku

kecik ati jap bila kak faridah tak mention pun pasal konvo dia.

peringatan untuk aku!

Jumaat, Februari 20, 2009

Ikhlaskah kita?

Oleh Imam Khalid di Soleh.Net
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,
“Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.
“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
“Yang ikhlas.”
“Yang Benar.”
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
  1. kerana suruhan-Nya
  2. kerana keredhaan-Nya
  3. kerana arahan-Nya
  4. kerana mentaati-Nya
  5. kerana patuh pada-Nya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  1. awal
  2. pertengahan
  3. akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:
“Inilah masanya nak jadi popular”
“Aku akan jadi terkenal…”
“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:
“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:
“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”
Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
Ingatlah:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.
Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
Wallahu a’lam.

milo dari rumah, sandwich ain bagi

aku nak beli rumah besaaarrrr! hahaha tercapai kah nanti? insyaAllah.

aku nak beli kereta besarrrrrr! hahaha dapat kah? insyaAllah

so aku dah mula mengurangkan perbelanjaan

breakfast hari ni aku minum milo yang aku bawa dari rumah dan makan sandwich telur.

dalam bulan ni pun aku dapat save 150 untuk asb anak2...

takpe .. sikit-sikit lama-lama banyak laa tu

Tuesday, January 25, 2011

ideas is from Allah!

Keseronokan itu sementara yang kekal hanyalah derita dan perasaan bersalah serta berdosa yang mengunung saban waktu.

Cinta itu hanyalah kepalsuan yang membutakan, menjijikkan dan sangat-sangat menghancurkan kehidupan.

Hanya cinta kepada Yang Khaliq itulah yang sebenar-benarnya membahagiakan.

Wednesday, January 19, 2011

pecah rekod!

hahaha aku sendiri tak percaya. aku mampu berjaga 24 jam. gila weii.. aku tak tidur langsung! mampus kalau laki aku tahu.. hahaha sure sinus akan melanda aku tidak lama lagi. hahaha cayok diri aku!

aku wanita biasa

abang.. malam ni ayang benar-benar rindukan abang. tak lalu ayang nak tidur sorang-sorang. Abang.. balik la cepat. Ayang rindu sangat-sangat.

Tuesday, January 18, 2011

Ya Allah Panjangkan Umurku..Aminnn

Hari ini aku menatap gambar lama semasa aku berada di sekolah menengah... tingkatan tiga kot? Ntah tak ingat plak. But one thing for sure... cepatnya masa berjalan. Tak sangka aku masih hidup sehingga hari ini. Maha Suci Allah. Thanks Allah. Alhamdulillah. Aku dulu selalu merenung langit. Aku suka melihat gumpalan awan yang suci lagi putih macam kapas. Kadang-kadang aku wish nak lihat angle terbang-terbang kat situ. Atau ada miracle happens yang aku je aware. Hahaha itulah aku masa dulu-dulu - suka berangan!

What happen now? Usiaku hampir mencecah 40. Wow! Alhamdulillah, panjang umurku. Ya Allah, Engkau yang Maha Berkuasa Lagi Maha Pengasih, daku mohon dipanjangkan lagilah umurku dan dengan umurku yang panjang itu, aku beroleh keberkatan dari Mu dan aku boleh berusaha menambahkan lagi amal ibadatku kepada Mu yang Allah. Aminnn

geramss

geram ngan colleague.. semuanya ampess. tolong la update sket uollss punya sistem keje. penat aku

Friday, January 14, 2011

Hong Leong Bank BODOH!

Memang stupid. The stupidity and stupidness yang tidak boleh diampun atau dimaafkan. Hong Leong Bank sudah menyusahkan hidup aku selama 8 tahun!!!!. Memang benar-benar bodoh dan bangang!

Aku dah habis bayar kad kredit tu dah lama sangat. Tak ingat pon.. tahun. Aku dah potong dua kad kredit tu depan mata pegawai bank Hong Leong Taman Kinrara. Rupa-rupanya bila aku semak dengan Bank Negara, kenapa aku ni susah sangat nak dapat loan. Barulah aku tahu.. nama aku disenaraikan di bawah Pemerhatian Khas. Apa salah aku? Kenapa plak nama aku di bawah pemerhatian khas sedangkan aku tak berhutang satu sen pon kat depa? Aku benar-benar angin. Dapat je salinan ccriss tu. Aku terus ajak laki aku redah highway ke seksyen 51A. Dah la bangang tak angkap phone sebab aku nak tahu exactly kat mana. Hampess.. habiskan duit bill telefon aje. Haram dia nak angkat call. Dah la customer service bank tu bodoh. Bila tanya Credit Card Control Dept di mana ya, saya ingin dapatkan alamat penuh? Depa jawab PJ. Ya lah saya tahu PJ tapi apa nama jalan, lorong, sebelah bangunan apa.. PJ tu besar kan? Then baru terhegeh-hegeh nak cari. Berjam-jam aku ronda keliling Seksyen 51A. Haram nak jumpa jalan. Sampai terpaksa aku call geng baik, Kak Faridah. Dia yang guide jalan. Minyak kereta isi RM30 pun hangus cam tu je. Akhirnya barulah mereka mengaku, bank cawangan tak update dengan mereka mengenai hal ini. Habis itu mereka simply je buat keputusan letakkan nama aku under Pemerhatian Khas? Awat tak call number aku untuk tuntut duit depa? Awat letak aku under Pemerhatian Khas sedangkan balance aku dalam kad kredit tu kosong? Bodoh tak? Then mereka kata ada charges yang tertunggak ..RM271. Aikk? Dari mana plak charges tu kalau time tutup kad tu depa siap2 dah calculate interest. Aku ingat lagi budak cina lelaki yang calculate interest masa nak tutup kad tu. Konon nak ambik hati aku, depa suruh aku tulis nota kat borang sebagai bukti aku mintak waivekan charges yang tertunggak tu. Aku bukan buat nota tapi aku tulis kenyataannya. Im not guilty. Depa yang salah dan cuai. Aku tulis sampai tak cukup tempat kosong. Geram aku. Sambil tunggu depa datang balik, sempat gak aku conteng meja kat bilik menunggu tu. Aku tulis besar-besar perkataan STUPID. Apa taknya menyusahkan hidup aku selama 8 tahun!

Wednesday, January 12, 2011

episod baru

new episode is going to start. ive finished my article for february issue and now need to concentrate for my march and bonus. god.. when will this end. so tired of writing but i cant stop. writes feeds my kids.

today, i learnt something new. be nice to your foe then you know who is your friend and who is not. 
kecik ati jap bila kak faridah tak mention pun pasal konvo dia.

Friday, January 7, 2011

sakit

Jika dihitung hari.. sudah masuk lima hari aku sakit. Sakit yang aku sendiri tidak tahu puncanya. Sekadar meneguk teh tarik.. kemudian aku mabuk-mabuk dan sakit perut. Anehkan?

Sunday, January 2, 2011

Ketika sedang cinta

Duhai hati.. lupakan yang sudah-sudah. Kembali semula ke alam nyata. Terimalah hakikat bahawa dirimu sudah memiliki cinta yang tersangat agung - Cinta Illahi, Cinta Suami dan Cinta Anak-anak.

Cintailah Allah, Nabi, Suami dan Anak-anak kerana itulah sumber kebahagiaanmu.

Mungkin kah (2)

Setiap kali aku mendengar lagu Mungkin - Anuar Zain, aku pasti teringatkan Mie. Patutkah aku mencari Mie? Untuk apa ya? Untuk menghilangkan rasa bersalah dan berdosa aku kepadanya? Wajarkah?

Untuk sekian kalinya... maafkan lily. Memang ku kesal atas apa yang terjadi. Namun ku yakin bahawa Allah juga yang mengaturkan semua ini. Mie.. alfatihah untuk mu andai dirimu sudah tiada di dunia.

Dan ini adalah kali terakhir aku menulis nama mu. Aku doakan semoga Allah merahmati dirimu kerana kau adalah lelaki yang paling baik pernah kutemui.

Malam yang sepi

Malam merangkak tua dan angka jam sudahpun berdamping dengan huruf AM. Seperti malam-malam yang pernah aku lalui... aku sepi. Perkataan sepi yang aku gunakan tidak merujuk kepada perasaan hati yang kosong dengan segala kesedihan .. oh tidak. Aku sepi kerana semua anak-anak sudah lena dalam dakapan gebar selesa dan suami yang dengkurnya bertali arus. Geli hati mendengarkan halwa telinga itu.

Seperti malam-malam sudah juga, aku lalui kesepian ini dengan cuba bersikap positif. Alhamdulillah aku berjaya mengawal emosi agar tidak terlalu rusuh mengenangkan permintaanku yang masih belum ditunai suami. Alah.. biasalah permintaan seorang isteri untuk santapan batinnya. Aku tidak mahu menjadi seperti dulu. Memberontak, berdendam dan paling buruk menyalahkan tuhan kerana menemukan jodoh seperti itu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur, emosiku sematang usia. Itulah nikmat yang paling mahal kuterima dan aku sangat-sangat bersyukur menerimanya.

Aku tidak perlu berdendam kepada sesiapapun khususnya buat suami tercinta. Malah perasaan cintaku terhadapnya semakin bercambah. Malah aku bahagia mendengar dengkurnya... satu melodi yang mendamaikan jiwa.

Untuk diri yang sering sepi dan dibiarkan kesepian. Sangat-sangat beruntung dirimu kerana masih memiliki sepi sedangkan ramai bergelumang dengan hiruk pikuk, sibuk dan bingit. Alhamdulillah. Tiada perkataan yang lebih indah untuk diucapkan melainkan Alhamdulillah. Siapalah aku untuk berkata perkataan lain kepada Tuhan yang memilikiku melainkan Alhamdulillah.

Malam dan sepi umpama sepasang kembar dan aku berada di antaranya. Alhamdulillah, Subahanallah, Allahuakbar. Indahnya saat ini. Saat mindaku merayau di sebalik mataku yang mula kantuk. Saat jemariku menari menekan kekunci tanpa mataku memandang jelas layar komputer. Saat malam semakin sejuk memeluk tubuh dinginku. Saat sepi merangkul seluruh jiwa dan raga. Alhamdulillah tuhan.. terima kasih atas anugerah ini.

Sepi.. pujuklah diriku untuk tidur dalam dakapanmu.


 

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru


Tinggal lagi sehari sahaja untuk kehidupan sebenar bermula - anak-anak bersekolah, suami menjadi tukang hantar, aku sibuk mengejar menyudahkan setiap kerja antara celahan masa. Kadang-kadang aku merasakan kehidupanku seperti seorang pelarian - mengejar dateline, dikejar deadline. Ada masanya pula aku terpaksa mengheret anak-anak supaya bergerak sama laju atau aku terikut sekali diheret dengan kelambatan mereka. Sememangnya aku penat dan letih. Lelah mengharung tugas dan tanggung jawab yang tidak berkesudahan.

Tahun ini aku berazam untuk mempersiapkan diri mengharungi kelelahan ini. Aku perlu bersiap siaga!
Dan tahun ini juga aku berazam untuk menyudahkan azam lamaku - weight management! Tersenyum sumbing mulutku seolah-olah mengejek.. tidak mengapa.. aku yakin aku boleh melakukannya!