bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Sunday, January 2, 2011

Malam yang sepi

Malam merangkak tua dan angka jam sudahpun berdamping dengan huruf AM. Seperti malam-malam yang pernah aku lalui... aku sepi. Perkataan sepi yang aku gunakan tidak merujuk kepada perasaan hati yang kosong dengan segala kesedihan .. oh tidak. Aku sepi kerana semua anak-anak sudah lena dalam dakapan gebar selesa dan suami yang dengkurnya bertali arus. Geli hati mendengarkan halwa telinga itu.

Seperti malam-malam sudah juga, aku lalui kesepian ini dengan cuba bersikap positif. Alhamdulillah aku berjaya mengawal emosi agar tidak terlalu rusuh mengenangkan permintaanku yang masih belum ditunai suami. Alah.. biasalah permintaan seorang isteri untuk santapan batinnya. Aku tidak mahu menjadi seperti dulu. Memberontak, berdendam dan paling buruk menyalahkan tuhan kerana menemukan jodoh seperti itu. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur, emosiku sematang usia. Itulah nikmat yang paling mahal kuterima dan aku sangat-sangat bersyukur menerimanya.

Aku tidak perlu berdendam kepada sesiapapun khususnya buat suami tercinta. Malah perasaan cintaku terhadapnya semakin bercambah. Malah aku bahagia mendengar dengkurnya... satu melodi yang mendamaikan jiwa.

Untuk diri yang sering sepi dan dibiarkan kesepian. Sangat-sangat beruntung dirimu kerana masih memiliki sepi sedangkan ramai bergelumang dengan hiruk pikuk, sibuk dan bingit. Alhamdulillah. Tiada perkataan yang lebih indah untuk diucapkan melainkan Alhamdulillah. Siapalah aku untuk berkata perkataan lain kepada Tuhan yang memilikiku melainkan Alhamdulillah.

Malam dan sepi umpama sepasang kembar dan aku berada di antaranya. Alhamdulillah, Subahanallah, Allahuakbar. Indahnya saat ini. Saat mindaku merayau di sebalik mataku yang mula kantuk. Saat jemariku menari menekan kekunci tanpa mataku memandang jelas layar komputer. Saat malam semakin sejuk memeluk tubuh dinginku. Saat sepi merangkul seluruh jiwa dan raga. Alhamdulillah tuhan.. terima kasih atas anugerah ini.

Sepi.. pujuklah diriku untuk tidur dalam dakapanmu.


 

No comments:

Post a Comment