bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Tuesday, April 12, 2011

satu persatu

tidak lama lagi umurku akan menjangkau 40 tahun. namun apa yang sudah aku capai dalam hidup ini? aku perlu menyingkap dan menilai satu persatu berkenaan diriku. aku perlu menjangka bahawa ajal dan kematian itu akan datang bila-bila masa... dan apabila tiba masa itu adakah aku sudah bersedia.. dan bilakah waktunya untuk aku bersiap sedia... atau adakah aku akan bersedia?

Pemergian Cik Sham pada malam jumaat dan dikebumikan pada pagi jumaat tanggal 8 april adalah satu kesedihan yang masih bermain-main di tangkai hati aku. Dia yang sepatutnya menjadi ibu mertuaku. sangat ironi kan? sebab dia sendiri tidak pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan aku sebagai menantunya.. tup tup datang bersama gerombolan meminang pada waktu aku sedang memperkenalkan idrus, buah hati ku kepada deddy. itulah kenangan paling tidak dapat aku lupakan. momen yang sangat mengelirukan. 


semalam aku mendapat perkhabaran yang sangat menduga akal dan mencabar keimanan. benarkah seseorang itu sanggup mengeluarkan kata-kata hina lagi keji kepada adik iparnya sendiri.. sedangkan adik iparnya itu adalah seorang lelaki yang budiman, soleh, sabar dan sangat taat? mengapakah seorang anak yang selama ini cukup sopan, cukup baik, cukup mulia pekerti, cukup kaya, sanggup menghina seorang ibu semata-mata kerana si ibu itu tidak cukup duit?  di manakah nilai persaudaraan sesama adik beradik waima sama-sama berbangsa islam? mengapakah begitu biadapnya mereka dalam silaturahim sedangkan lingkungan hidup mereka penuh dengan usrah dan tazkirah?

tidak lama mendengar perkhabaran duka itu, aku menghubungi bonda tercinta. secara berlapik aku memberitahu ibu bahawa aku menyedari akan kelukaan hatinya. aku membawakan cerita-cerita gembira agar ibuku di talian hujung sana ketawa. alhamdulillah.. suara ibu ceria. sedang aku bergurau dengan ibu, tiba-tiba deddy meminta untuk bercakap dengan aku. "long.. kenapa tak balik? deddy rindukan long.. deddy rindu kat cucu deddy.. long balikla tengok deddy" aku tergumam...terdiam..terkesima... cepat-cepat aku membalas dengan gurauan senda... " long jeles tengok deddy.. boleh tengok tv puas-puas, boleh baring sepanjang hari.. long tak dapat nak buat cam tu... nak tengok tv kejap pun tak dapat ..." ayah tercintaku tertawa sedikit. tersentuh hati aku... ingin rasanya aku terbang.. memujuk hati tua ayah dan ibu. tapi apakan daya? pekerjaan yang sekarang menjadi kebencian aku mengikat dan membelenggu tubuhku.






dan pagi ini aku menjalani kehidupanku dengan sejuta perasaan sedih. satu persatu tindakan ku berlandaskan rasa sedih. sedih kerana idrus tidak mahu berkomunikasi dengan ku lalu membuang segala penat jerih aku ke dalam longkang. ya.. dia memujuk aku untuk menggantikan baru tetapi mana sama dengan sesuatu yang penat lelah aku usahakan?

berdoalah diri supaya aku punya masa untuk menilai dan menimbal satu persatu peristiwa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment