bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Saturday, April 23, 2011

warkah buat seorang adik

tanggal lima haribulan april tahun sembilan belas lapan puluh lima, hadir seorang insan ke dunia ini yang menambahkan lagi bilangan adik kepada adik-adik yang sedia ada. Dan keseronokan dianugerahkan seorang lagi adik perempuan itu, membuatkan aku tidak tenang sepanjang masaku di sekolah, perasaan aku bercampur baur. gembira, teruja dan tidak sabar-sabar hendak balik. waktu itu aku berada di tingkatan dua. bersekolah sesi petang. cikgu adibah yang mengajar sivik asyik merenungku sambil tersenyum. masakan tidak, aku sekejap sekejap tersenyum. sekejap sekejap tersengih. lalu cikgu adibah bertanya, "onlia.. apa yang kamu fikirkan sampai kamu asyik tersengih dan terseyum aje?" aku dengan bangganya menjawab. "hari ni saya dapat seorang lagi adik!" cikgu adibah membalas jawapanku dengan senyuman paling manis yang aku ingat sehingga hari ini. dan sepulangnya aku dari sekolah... aku terus mendapatkan ibu. aku katakan kepada ibu, namakanlah adik ini dengan nama adibah sempena nama cikgu sekolah aku yang sangat baik hati. mendengarkan nama itu, ibu tersenyum lalu berkata memang sedap nama tu kak long. nanti ibu bagitahu ayah ya.

dan nama indah itu yang bermakna cerdik menjadi nama rasmimu adik ku. cuma ibu menambah perkataan nur di hadapan supaya ertinya lebih indah - cahaya kecerdikan. kerna kehadiranmu dalam keluarga besar ini seumpama cahaya yang menerangi dan menemani ibu. dan kau jugalah yang diharapkan menjadi peneman ibu kala usianya merangkak senja.


dan apabila kakak tua kamu ini menjadi orang paling terakhir mendapat tahu perihal pemergianmu dari kehidupan kami.. alangkah hancur dan berderainya hati ini.

duhai adik belahan hati... sanggup kau tinggalkan seorang ibu yang sudah terlalu tua untuk menanggung kesedihan akibat tindakan kamu itu.  sanggup kau tinggalkan kasih anak-anak saudara yang terlalu rindu dan ingat akan ibu saudara mereka. dan paling menyedihkan sanggup kau buang kami - darah daging mu demi kasih seorang lelaki yang kini kau nobatkan sebagai suami.

benarlah kata orang-orang lama, buang emak buang saudara kerana kasih aku turutkan...

maka.. apa lagi yang tinggal buat kami duhai adik ku.... semua nolstagia.. semua kata-kata indahmu... semua kenangan... semua kelukaan, semua kesedihan dan paling mengharukan ialah kau tinggalkan seorang lelaki tua bernama ayah yang separuh badannya sudah tidak berdaya... dan seorang perempuan tua yang bernama ibu yang kini kecelaruan hati dan minda?

No comments:

Post a Comment