bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Tuesday, June 7, 2011

Mak

Setiap kali aku on pc.. wajah mak la yang pertama aku nampak. Aku sengaja jadikan gambar mak sedang tersenyum yang adik lelaki aku bernama Salleh, rakam secara candid sebagai wallpaper pc. Masa tu dedy masuk hospital kali kedua dan masa tu Diba masih ada lagi. Bagaimana agaknya rupa mak ya..kalau dedy tak sakit dan kalau Diba tak pergi? Mesti lebih ceria dan bercahaya.

Tempohari masa balik kampung, aku tengok mak semakin kurus. Kesian mak.. aku kecewa sebab sebagai anak sulung, aku tidak dapat membantu langsung. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Kalaulah aku tahu bahawa ayah aku akan jatuh sakit seteruk ini dan anak harapannya iaitu adik kesayangan aku - Diba akan melarikan diri.. aku rela membujang. Aku nak berbakti kepada mak dan dedy sampai mereka menutup mata. Aku cemburu melihat rakan sekerja yang masih bujang tetapi dapat berbakti kepada ibu bapa mereka sampai kedua-dua ibu bapa menutup mata. Bagi aku.. biarlah aku digelar andartu.. asalkan aku dapat memberi khidmat 100 peratus kepada mak dan dedy.


Tapi.. mak aku ni bagi ke kalau aku jadi andartu?  Sure huru-hara... mak bukan boleh anak dia bujang trang tang tang. Tak kira lelaki atau perempuan, mak suka jadi spy cari mana-mana anak dara atau teruna untuk cepat-cepat dijodohkan dengan anaknya. Aku sedih sangat bila mak paksa aku kahwin dulu. Aku terasa macam mak tak sayang aku. Tapi sekarang, aku bersyukur sebab aku berkahwin dalam usia yang sepatutnya. Biarpun bahagia (alhamdulillah) dengan suami tercinta tetapi dalam hati aku gundah gulana memikirkan hal mak dan dedi terbuntang berdua di kampung. Rasa macam nak berhenti kerja dan bawa anak-anak semua balik kampung. Suami aku kata, "Kerja gila tu... kita banyak hutang, takkan nak susahkan mak dan dedy" Betul cakap suami, macam mana aku nak biaya hidup kat kampung kalau aku tak kerja? Kerja aku pulak bukan jenis boleh ditukar ikut suka hati. Nak harap gaji suami, tak lah sebesar mana, cukup untuk bayar bil, hutang rumah dan duit dapur. Macam mana pulak kalau ada hal kecemasan? Nak guna duit semua tu. Jadi terpaksalah aku pendamkan hasrat nak berhenti kerja sehinggalah kedudukan ekonomi aku dan suami stabil. Aduhai... kesian mak...

Mak... bukannya ada galang ganti. Ayahku tidak berkahwin lebih. Mak itulah satu-satunya mak yang aku ada. Mak... sama seperti aku.. anak sulung dari sembilan adik beradik. Sikap mak yang degil tu sama seperti aku. Cuma muka aku tak mirip mak. Muka aku lebih mirip mentua dia - Nyai aku. Mak suka bercakap aka membebel hahaha samalah macam aku. Kalau dah mula bukak mulut.. susah nak tutup. Mak suka kesempurnaan, sama macam aku yang mementingkan perfectionist. Kalau buat sesuatu kerja, biar sampai habis. Satu perkara yang aku sampai bila-bila takkan dapat beat mak.. masakannya. Macam mana aku tiru sekali pun.. air tangan mak lagi power. Masa balik kampung tuhari.. aku masak ayam kicap. Adik bongsu aku Luqman kata, "Wah sedap long.. tamam (dalam bahasa arab bermaksud sempurna)" Anak-anak aku kata, "Mama..terbaikkk" Tapi suami aku kata.."Kureng laa" Cuba kalau mak yang masak. Semua orang angkat ibu jari..thumbs up!

Aku rindu nak dengar suara mak. Memanglah aku boleh call mak hari-hari dan dengar suara mak pot pet pot pet dalam phone. Tapi itu tak sama dengan mendengar suara mak sambil merenung wajahnya. Siapa boleh bagi tahu aku apa warna mata mak korang? Haa... warna mata mak macam warna mata aku.. coklat. Kami ni ada darah Belanda you!!!

Mak tak suka susahkan anak-anak dia. Kalau sesuatu benda dia boleh buat. Berat atau teruk macam mana, dia akan buat sendiri - sikap tu macam akula...huhuhuhu. Tapi aku tak sanggup lihat mak buat semua sendiri-sendiri. Aku nak tolong mak.... sebab tu kalau aku balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu mak buat terlalu banyak kerja rumah. Biasalah aku dengan mak, berebut-rebut nak masak, berebut-rebut nak basuh pinggan, berebut-rebut nak sidai kain, berebut-rebut nak garuk daun kering. Tapi satu perkara yang aku tak berebut dengan mak - tengok tv. Hahaha memang mak ada rancangan tv yang dia suka tengok. Mak suka tengok cinetron Indon, aku suka tengok drama Korea. So.. aku memang tak kacau tv kalau balik kampung. Sebab aku ada stok cd Korea kat rumah untuk aku tengok bila aku ada masa lapang.

Mak... long rindukan mak. Long doakan mak dan dedy sihat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki. Long doakan juga semoga mak bersabar dan tabah menjaga dedy. Aminnnn

No comments:

Post a Comment