bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Monday, December 27, 2010

Aina' Fahami Kasih Mama

Damia sudah keluar dari bilik belajar - sebuah kamar sempit terletak di antara dua bilik tidur. Sebahagian dindingnya ku cat warna merah jambu - warna kegemaran puteri keduaku Nur Aina' Mardhiah. Sewaktu mengecat dinding ini dulu, Aina' beria-ia meminta supaya kamar kecil ini dijadikan bilik tidurnya.. kasihan Aina' kerana sehingga hari ini impiannya itu belum dapatku tunaikan. Bersabarlah ya wahai Aina' yang bijak bistari. Mama pasti akan membina indah kamar kecil ini untukmu kelak.

Aina' tadinya duduk di sebelahku sambil mengomel - mama asyik menulis mengenai Damia.. Aku cuba bersikap adil kepada semua anak. Kasih dan sayangku serta kecintaanku kepada anak-anak sama rata. Namun sikap mereka itu sendiri yang ada masanya menjengkelkan membuatkan aku acap kali memarahi mereka.

Duhai Aina', andai kata Damia tidak dilahirkan.. Aina' tetapi mama layan dan sayang seadil-adilnya seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment