bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Saturday, December 18, 2010

Demi Masa

Hari ini sepatutnya aku tidak bertugas. Suami menegur.. adakah awak mendapat bayaran lebih kerana meninggalkan Damia untuk tugasan awak hari ini?

Aku diam. Suamiku jarang bersuara tetapi sesekali menutur kata, patahnya membuatkan aku terkesima. Aku lupa bahawa sudah ada perjanjian tidak tersurat dan tersirat di antara aku dan suami bahawa Sabtu dan Ahad adalah hari aku menguruskan rumah tangga dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Aku diam lagi. Tidak sepatahpun ku balas. Aku yang bersalah sebenarnya. Allah memberiku masa sama seperti orang lain - 24 jam. Tidak lebih sesaat, tidak kurang seminit. Tetapi aku yang tidak pandai membahagi-bahagikan tugasku sehingga terpaksa aku heret beban kerja pada waktu aku bercuti.

Aku terus diam. Suami menghantar aku pejabat, seperti hari-hari biasa. Kebetulan hari ini kontraktor Syabas membuat kerja penyelenggaraan di Jalan Puchong. Maka hari yang sepatutnya tidak berlaku macet (jem) bertukar menjadi seperti hari-hari biasa. Suami mengomel sendirian. Aku pura-pura tidak mendengar.


Demi masa, akulah orang yang menganiaya diri sendiri kerana tidak pandai mendisiplinkan diri untuk mengurus masa. Sedang orang lain bersenang-senang dengan keluarga. Aku sendirian di pejabat - menyemak ozalit dan menulis sesuatu untuk diariku ini.

No comments:

Post a Comment