bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Friday, December 17, 2010

Kenapa aku menulis di sini

Sebahagian daripada diriku bertanya, mengapakah aku bersusah payah menulis sedangkan pekerjaanku adalah penulis? Saban hari kuhabiskan masa menghadap pc dan sekali lagi membina blog ni memaksa aku menatap wajah skrin empat segi.

Sebahagian lagi diriku menjawab. Aku sepatutnya sudah lama memiliki blog kerana itu adalah kaedah termudah untuk aku rencanakan masterpiece aku. Ya.. cita-citaku ingin menjadi penulis novel yang karyanya menjadi bualan sepanjang zaman. Cita-citaku setinggi Gunung Everest dan sesukar memanjatnya bukan? Sebahagian diriku mencebik sambil berkata sudah gila agaknya si tua ini?

Hakikatnya apapun boleh dicapai jika minda dan diri berusaha bersungguh-sungguh sambil menyerah dan meletakkan segala pengharapan kepada Maha Pencipta.

Maka.. di sinilah langkah pertamaku bermula. Kerana dekatnya papan kekunci dengan jemariku berbanding pena.. kerana akrabnya hubunganku dengan komputer.. maka secara rasmi aku menaikkan darjat kegunaan pc ku kepada diari tidak bertauliah yang membenarkan aku menulis apa sahaja di dalamnya.

No comments:

Post a Comment