bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Thursday, November 7, 2013

seseorang yang diketepikan

Assalamualaikum blog yang sudah lama aku ketepikan...uhuhuh.. bukan disengajakan ya.


Semoga selepas ni banyak yang boleh aku tuliskan dalam blog ini. Semoga tulisan pertama selepas berbulan-bulan tidak menulis menjadi dorongan kepada aku untuk terus menulis, tidak kisahlah apa pun bahan ceritanya asal sahaja tidak mengganggu orang lain atau mengumpat.

Sebenarnya aku ni sedang dihambat kesibukan yang teramat sangat. Tapi tetap aku hendak mencoretkan sesuatu... kerana sesuatu ini membabitkan seseorang yang sangat rapat dengan aku.

Baiklah, aku mulakan luahan rasa ku ini dengan lafaz Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Abang... panggilan itu sangat akrab dan rapat dengan jiwaku. Tiada nama lain yang ku panggil dirimu melainkan dengan panggilan Abang.

Bukan abang kandung tetapi Abang yang merujuk kepada si dia si belahan jiwa. Si dia yang disayangi dan si dia yang dicintai.

Tanggal 16 September lalu adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kita... abang tak sedar bukan? Sebab abang tidak pernah ingat dan saya sudah malas hendak mengingatkan. Adakah saya ambil hati.. ohh tidak.. hal itu sudah lama saya lupakan. Saya tidak perlu ambil hati kerana nombor tidak pernah penting kepada saya. Im not a numeral person.

But i am a sensitive human being. As being - alive and still breathing.. i need your attention bang.

Unfortunately, your attention towards me fade or died once we move on to the real life from our honeymoon.

Sedih kan? But thats the fact bang...

Friday, July 5, 2013

Apabila cik abang merajuk...

Hmm... ntah kali ke berapa agaknya dalam sebulan dia nak merajuk. Mula-mula boleh lah dipujuk tetapi kalau dah setiap minggu merajuk.. apakah maknanya itu?

Penat hati seorang isteri langsung tidak diambil peduli. Sudah diberi layanan umpama raja tetapi masih mudah tersentuh hati sang petapa..

Mengapa masih mahu diagungkan sikap ego yang melampau itu? Mengapa masih mahu disanjung sikap pentingkan diri? Mengapa masih didewakan sikap malas yang teramat-amat tiada batasan itu?

Ringan sama dijinjing.. berat sama dipikul.. tapi bukan itu yang berlaku dalam keluarga kita ni abang.
Kami - isteri dan anak-anakmu yang berpatah pinggang memikul beban. Sedang kamu... bersenang-lenang dari atas kayangan melihat kepayahan kami.

Dan apabila si isteri berkesot-kesot memohon ehsan.. kamu sang suami terus tarik rajuk sejuta tahun..

Salahkah si isteri  duhai sang suami, memohon belas dan kasihan agar sama-sama memikul berat dan sama-sama menjinjing ringan?

Aduhai blog.. hati ini sudah rawan.. lalu padamu ku luahkan.. semoga tidak terhenti lagi hati ini meratap supaya boleh bersenandung lagu hiba untuk sang suami yang dihadap.

Saturday, January 19, 2013

duka yang bahagia

Alhamdulillah, hanya Allah saja yang tahu bahawa kedukaan yang aku rasa malam ini (well sebenarnya pepagi buta) tidak berlarut-larut sehingga mencederakan hati. Alhamdulillah aku masih waras dan masih normal.

Sengaja aku paksa suami supaya mendengar bebelanku di awal pagi. Wajib aku segerakan sesi meluah perasaan, biar suami tahu bahawa tidak baik membiarkan isteri makan hati. Kalau makan hati ayam goreng bersalut sambal tu memanglah sedap. Tapi tak ada maknanya kalau makan hati sendiri. Daripada aku terkontang-kanting dilambung perasaan pilu, sedih, rawan dan yang seangkatan dengannya, baik aku luahkan semua itu kepada suami. Setidak-tidaknya dia tahu bahawa, i am serious about my feeling.

Alhamdulillah sesi bercakap sorang-sorang di hadapan suami yang tengah terlalu mengantuk tu mengubat perasaan. Ada sikit perasaan evil apabila melihat suami macam tersiksa menadah telinga.. HAHAHAA...

Memanglah tak dapat sebarang respons pun daripada orang yang tengah tersangat-sangat-sangat mengantuk. Apatah lagi jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan hati yang diajukan. Tetapi sekurang-kurangnya aku tidak memendam perasaan dan tidak rasa hampeh seorang diri.

Kalau ikutkan hati, nak aje capai kunci kereta dan keluar dari rumah. Hahaha itu adalah teknik kuno yang aku amalkan 14 tahun lalu. Now seiring perubahan zaman dan umur, rasanya tidur berasingan sebagai tanda protes adalah langkah terbaik.Sebenarnya saja je cari alasan meninggalkan bilik tidur yang sangat nyaman dan dingin tu. Dapatlah aku manfaatkan malam ini dengan tonton movie...yahuuu...


hmm saja je insert video fatih imamkan terawih. hensem sangat budak jerman keturunan bosnia ni. kalau dia orang-orang biasa hensem, aku tak boleh bayangkan betapa hensemnya Nabi Yusuf alaihi salam. Sapalah agaknya dapat berjodoh dengan hafiz quran ni? alangkah bahagianya kalaulah aku jadi ibu fatih.. sojuk perut macam duk dalam peti ais.


Saturday, December 29, 2012

Alang-alang menyeluk pekasam

Apa agaknya maksud sebenar alang-alang menyeluk pekasam? Sebab aku bukan penggemar pekasam maka aku tidak berusaha mencari maksudnya. Pemalasnya manusia ini.

Alang-alang membuka blog, biarlah aku menulis sepuas-puasnya. Banyak perkara yang ingin aku kongsikan sebagai peringatan kepada diriku yang selalu alpa.

Kutu - Aku tidak pernah mengambil berat perihal anak yang mengadu kepala mereka gatal-gatal. Paling tidak apabila melihat mereka terlalu kerap menggaru kepala, aku suruh mereka syampu rambut. Sehinggalah suatu hari, Aina menggunakan sikat bergigi rapat. Setiap kali dia menyikat rambut, akan terselit beberapa kutu di celah-celahnya. Aku tidak tercakap apa-apa. Terkejut! Rupa-rupanya sudah beberapa minggu, kepala-kepala kami diserang kutu! Aina ni sikapnya pengasih dan penggeli. Dia tidak memicit kutu sebaliknya merendamkan kutu dalam air supaya ia lemas. Hahaha. Antara kasihan dan geli, Aina rela membiarkan kutu itu berenang-renang di dalam air. Kemudian aku menyuruh Danish membasuh rambut menggunakan syampu. Selepas beberapa minit bersyampu, Danish memanggil ku ke bilik air lalu ditunjukkan beberapa kutu besar terapung-apung dalam buih syampu. Eee.. gelinya! Aku segera memicit satu persatu kutu yang terkepung dalam buih syampu. Aku tanyakan Danish.. itu sahaja kah? Danish menjawab, tadi lagi banyak, tapi Danish campak buih syampu ke dinding dan simbah dengan air. Tidak sanggup tidur walau semalam pun dengan puluhan (agaknya) kutu di atas kepala. Aku meminta suami membawa aku dan anak-anak menggunting rambut. Hasilnya, kami semua berambut pendek. Senanglah sedikit urusan mencari saki baki kutu. Alhamdullillah.. buat masa ini hanya terjumpa satu atau dua ekor sahaja. Selebihnya adalah hampas telur yang melekat di hujung rambut.

Kesimpulannya - Ambil berat sikit hal anak-anak. Jangan terlalu hendak mereka mandiri. Mereka belum matang dalam banyak hal. Jika mereka mengadu gatal kepala itu bukan bermakna ada kelemumur atau sebab rambut tidak dibasuh dengan betul semata-mata. Sebaliknya mungkin berpunca dari kutu atau mungkin banyak rambut rosak! Anak-anak biarpun sudah besar panjang, memang seronok jika ibu mengambil berat hal mereka.



Sekolah Bermula! - Anak-anak ku adalah batch kedua PBS - Pernilaian Bersepadu Sekolah. No more PMR. PBS ni lebih teruk dari PMR. Kedatangan apa pun kegiatan di sekolah adalah markah. Setiap pembabitan adalah markah. Pada bila-bila masa boleh diadakan ujian dan cikgu adalah penilainya. Kasihan anak-anak, semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.. aminnn.

Kesimpulannya - Allah sahaja yang tahu hikmah di sebalik setiap tindakan kementerian pelajaran kepada warganegara Malaysia.

Teknologi Buatan Manusia Memang Menyusahkan!

Hanya teknologi Allah sahaja yang tidak menyusahkan. Misalannya blog ni. Saya tidak boleh update selalu sebab bertelagah dengan gmail saya. Sedangkan saya gunakan alamat emel yahoo. Amat mendukacitakan sekali kerana pekerjaan saya setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan menggunakan gmail.

Teknologi Allah menciptakan mata dengan dua kelopak yang berpagar bulu langsung tidak menyusahkan. Tidak pernah sekali pun kelopak itu tidak berkedip. Tidak perlu ditambah minyak pun untuk melicinkan pergerakan menutup dan membuka mata berjuta-juta kali. Malah kelopak berkedip tanpa kita sedar pun!

Rindunya saya hendak berblog.. Allah sahaja yang tahu. Saya perlu membahagikan masa selepas ini agar boleh selalu update diari atas talian saya ini. Saya mungkin tidak mampu menghasilkan sebuah novel tetapi saya berharap, berhajat, bermimpi dan berdoa semoga blog ini dibaca ramai kerana perkongsian pengalaman yang membawa manfaat. bukankan salah satu amalan yang boleh dibawa ke kubur adalah ilmu yang bermanfaat?

Thursday, May 3, 2012

apabila hati terluka

pagi-pagi lagi mereka sudah bergaduh. aku tak tahu nak luahkan perasaan aku. hanya satu yang ingin aku lakukan. berdoa tidak putus semoga Allah memperbaiki akhlak mereka. - 5/3/12



Alhamdulillah, hari ini tiga beradik tu sudah ku hantar ke masjid untuk kem motivasi. Rezeki di hujung bulan berupaya hantar anak ikuti kursus alhamdulillah, nikmat Allah yang Maha Besar.

Ya Allah.. semoga hati, lisan, fikiran dan fizikal ku tidak putus berdoa semoga Allah memperbaiki akhlak anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Berbaik-baik sesama adik beradik dan orang lain. Solat setiap waktu tanpa perlu dipaksa dan ringan tulang melakukan ibadat. Cita-citaku hanyalah ingin melihat keempat-empat cahaya mataku sebagai ahli syurga.

Apalah diharapkan dunia? Tiada sebuah kereta pun boleh dibawa ke kubur. Tiada sebuah rumah pun boleh dihantar ke kubur. Tiada satu sen pun boleh dibelanjakan di kubur. Hanya amal dan iman sahaja yang menjadi bekalan ke sana. Dan sudahkah anak-anakku itu cukup bekalannya?




Wednesday, February 8, 2012

Kasih Suami

Satu perkara mengenai suami saya Encik Idrus, yang sejak kenal sampai beranak pihak tak berubah-ubah ialah dia tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia kepada isteri atau anak-anak. Itu memang nyata sangat. Kami faham sebab famili dia pun begitu juga.. my parent inlaw tak seloving my mum and dad. So memang faham sangat kalau my hubby tak tahu nak tunjuk cara macam mana.


Saya ni jenis pelupa... Macam-macam benda saya lupa. Today saya lupa lagi nak bawak purse.. macam biasalah ni. Tapi one thing about hubby saya, dia ni pengingat. Dia ingat banyak perkara. Susah la kalau nak jumpa dia terlupa sesuatu. Dia ingat macam-macam. Hari ni dia ingatkan saya supaya makan ubat. Adatlah dah nak masuk senja..macam-macam ubat kena makan. Ubat kolestrol, ubat kencing manis.. ubat itu ubat ini hahaha. Siapa lagi yang ingatkan saya kalau bukan cik abang. Dia beria-ia masukkan semua ubat dalam beg kerja saya.

Bila saya fikir-fikirkan balik... mungkin inilah cara dia tunjukkan kasih sayang. Dia tak pandai nak cakap aiseyteru atau sarangngi - i love u dalam bahasa jepun dan korea. Tapi dia care about others. Which is more important than just 3 words. Terima kasih abang...wo ai ni (i love u dalam bahasa cina).