bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Wednesday, April 27, 2011

Yang masih bersedih itu adalah aku...

Sehingga hari ini air mataku masih mengalir...umpama molekul darah yang bertali arus dalam kapilari menuju ke nadi dan tersebar ke seluruh tubuh. Namun tidak setitis pun ku biar ia tertumpah, semuanya ku telan dalam hati. Dan setiap sendu yang mengiringi air mata aku kurung dalam jiwa. Lalu melimpahlah air mata dan sendu memenuhi rongga hati dan jiwa. Biar aku pendam semua lara dan duka ini. Tidak perlu aku hebah kepada seisi dunia.

Andai aku luah kesedihan ini...aku akan menjadi seorang yang kering lagi kontang. Dan kekontangan itu tidak aku ingini kerana aku masih ingin menyisa cinta dan kasih buat seseorang. Biar seisi dunia menghukum dirinya tetapi aku tidak mampu berbuat begitu. Aku tidak mampu menjadi seorang yang kering hati lalu membiarkan diri seseorang yang lain itu tidak diingati lagi.

Biarkan aku terus membanjiri rongga hati dan jiwa dengan air mata. Kerana itu sahajalah yang terdaya aku lakukan di saat aku tidak mampu berbuat apa-apa. Biarkan aku terus lemas dalam kesedihan ini kerana kelemasan itu membuatkan aku akan terus tergapai-gapai mencari tebing. Dan cara itu tidak memungkin aku untuk melupakan seseorang itu.

Nyata... cinta itu memerlukan pengorbanan dan ketika pengorbanan tidak diperlukan lagi, akulah insan yang terkorban. Tiadalah erti kasih, sayang dan cinta tanpa pengorbanan tetapi aku masih perlukan semua itu lalu biarlah aku menjadi korban.

Yang masih bersedih lagi itu adalah aku. Dan biarlah aku terkapai-kapai dalam kesedihan yang umpama lautan tidak bertepi ini.

No comments:

Post a Comment