bior tak lekang dek panas

apo nak jadi, jadila.. den tak kiro.. den nak jugak guna loghat N9 biorpun den ni anak Jawa lahir kek Kuching tapi dibosarkan di Johor. den bersyukur ngan segalo kurniaan Allah pado den. semoga Allah makbulkan satu yo permintaan den.. "golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu ya Allah" aminnnn

Saturday, December 29, 2012

Alang-alang menyeluk pekasam

Apa agaknya maksud sebenar alang-alang menyeluk pekasam? Sebab aku bukan penggemar pekasam maka aku tidak berusaha mencari maksudnya. Pemalasnya manusia ini.

Alang-alang membuka blog, biarlah aku menulis sepuas-puasnya. Banyak perkara yang ingin aku kongsikan sebagai peringatan kepada diriku yang selalu alpa.

Kutu - Aku tidak pernah mengambil berat perihal anak yang mengadu kepala mereka gatal-gatal. Paling tidak apabila melihat mereka terlalu kerap menggaru kepala, aku suruh mereka syampu rambut. Sehinggalah suatu hari, Aina menggunakan sikat bergigi rapat. Setiap kali dia menyikat rambut, akan terselit beberapa kutu di celah-celahnya. Aku tidak tercakap apa-apa. Terkejut! Rupa-rupanya sudah beberapa minggu, kepala-kepala kami diserang kutu! Aina ni sikapnya pengasih dan penggeli. Dia tidak memicit kutu sebaliknya merendamkan kutu dalam air supaya ia lemas. Hahaha. Antara kasihan dan geli, Aina rela membiarkan kutu itu berenang-renang di dalam air. Kemudian aku menyuruh Danish membasuh rambut menggunakan syampu. Selepas beberapa minit bersyampu, Danish memanggil ku ke bilik air lalu ditunjukkan beberapa kutu besar terapung-apung dalam buih syampu. Eee.. gelinya! Aku segera memicit satu persatu kutu yang terkepung dalam buih syampu. Aku tanyakan Danish.. itu sahaja kah? Danish menjawab, tadi lagi banyak, tapi Danish campak buih syampu ke dinding dan simbah dengan air. Tidak sanggup tidur walau semalam pun dengan puluhan (agaknya) kutu di atas kepala. Aku meminta suami membawa aku dan anak-anak menggunting rambut. Hasilnya, kami semua berambut pendek. Senanglah sedikit urusan mencari saki baki kutu. Alhamdullillah.. buat masa ini hanya terjumpa satu atau dua ekor sahaja. Selebihnya adalah hampas telur yang melekat di hujung rambut.

Kesimpulannya - Ambil berat sikit hal anak-anak. Jangan terlalu hendak mereka mandiri. Mereka belum matang dalam banyak hal. Jika mereka mengadu gatal kepala itu bukan bermakna ada kelemumur atau sebab rambut tidak dibasuh dengan betul semata-mata. Sebaliknya mungkin berpunca dari kutu atau mungkin banyak rambut rosak! Anak-anak biarpun sudah besar panjang, memang seronok jika ibu mengambil berat hal mereka.



Sekolah Bermula! - Anak-anak ku adalah batch kedua PBS - Pernilaian Bersepadu Sekolah. No more PMR. PBS ni lebih teruk dari PMR. Kedatangan apa pun kegiatan di sekolah adalah markah. Setiap pembabitan adalah markah. Pada bila-bila masa boleh diadakan ujian dan cikgu adalah penilainya. Kasihan anak-anak, semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.. aminnn.

Kesimpulannya - Allah sahaja yang tahu hikmah di sebalik setiap tindakan kementerian pelajaran kepada warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment